Hari Rabu 27/7/2011 kami ada buat makan-makan bersama dengan mentor masing-masing. Dah lama sebenarnya aktiviti ini tidak dilakukan. Aktiviti makan-makan nie bermula pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi. Seronok sangat masa nie sebab ini adalah peluang untuk para mentor lebih rapat dengan para mentee. Mentee aku telah ditugaskan untuk membawa nasi lemak. Aku pun mintak pertolongan salah seorang menteeku untuk membeli nasi lemak berserta lauk2.
Mentee -menteeku bersama kish tengah menikmati teh o dan nasi lemak. Sedap woo makan nasi lemak dengan sambal telur puyuh.. Nyum2.
Sambal telur burung puyuh. Terbaik woo sambal nie. Dah lama x makan telur puyuh. Sekali dapat makan memang terangkatla..huhu.
Mihun goreng yang dimasak oleh salah seorang staff bujang..hehe. Aku bawak apa? Just bagi duit kat rakan sekerja untuk dia sediakan nasi lemak. Nak suruh aku masak? Aduyai.. X beranila nak masak untuk orang ramai. Masak untuk diri sendiri bolehla..hehe. Kalau sakit perut boleh tanggung sendiri..huhu.
Entry ini diakhiri dengan gambar kami bertiga. Dari kiri : Isteri orang, tunang orang, makwe orang..hehe.
0 comments:
Post a Comment