Wednesday, October 31, 2012

ACCOUNT & TAX SERVICES

*sTicKy Post. New Update Scroll Bawah Ek.

Both me and my husband are now providing accounting and tax services to small and medium company. Fees are negotiable starting from RM500 and we provide our services to this location which are in Nilai, Seremban, Sepang, KLIA and Putrajaya.

For more information, do not hesitate to call us.






> QuaLitY SerViCes Are oUr NumBer 1 PrioRity <


Lots of Love : Maisarah

Wednesday, October 24, 2012

Akhirnya 4S!!


Ingat lagi x entri yang ini Kenapa Aku Perlukan Handphone baru ... Akhirnya 4 hari selepas birthday baru aku dapat handphone...huhu. Sebelum tue mesti ada orang tanya mcmmana sambutan besday aku? Candlelight dinner? Suprises? Nan hado...Husband kerja..Isk2. Tp xper, asalkan dapat handphone baru aku dah cukup gembira...

Tp nak cari handphone nie sikit punya seksa... Merata tempat cari banyak yg xde stok. Hari Rabu lepas checkup doktor dgn ambik darah pergila kami mencari handphone. Padahal masa nie aku tengah menahan kesakitan sakit kepala dengan demam. Mula-mula kami cari kat alamanda. Stok ada satu kat Maxis, mula2 ingat nak beli handphone sahaja tanpa kontrak sekali tengok celcom nyer promosi kontrak lagi murah dan berbaloi terus lepaskan handphone tue. Cari lagi sampai satu tahap aku dah x larat terus balik rumah.

Keesokan harinya dengan demam pas balik dari klinik berpakaian selekeh gla klia cari celcom kiosk dan akhirnya ada stok. Terusla rembat x tunggu lagi. Ingat nak ambik warna hitam tapi xde stok so kenala ambik sama warna dengan husband iaitu warna putih. Pas nie x yah dah buat tekateki dengan kawan masa hantar mesej..huhu. 



Lots of Love : Maisarah

Tuesday, October 16, 2012

Sudah-sudahla bertanya

Lagi seminggu lagi cukup setahun aku kahwin. Dalam setahun nie tipula kalau aku cakap aku x tension bila orang asyik tanya bila nak dapat baby. Aku tahu lepas berkahwin orang akan mula berharap kita mendapat baby tapi kadang-kadang bila asyik ditanya dan diberi harapan akan membuatkan aku rasa tertekan. 6 bulan lepas kahwin aku terus jumpa doktor pakar sebab aku dah x tahan dengan pertanyaan orang dan dalam masa yang sama aku n tahu keadaan kesihatan aku. Turun naik hospital tue macam dah jadi perkara biasa. Untuk orang yang x kenal aku mungkin x tahu yang aku nie jenis yg suka simpan masalah untuk diri sendiri. Aku jarang sangat2 nak bgtahu masalah aku kat orang lain termasuk ahli keluarga atau suami sendiri. Aku hanya bgtahu pada bff aku sahaja. Itu pendirian aku. 

Bila jumpa doktor pakar doktor suspek aku ada masalah Hyperprolactinaemia. "Hyperprolactinaemia  is the presence of abnormally high levels of prolactin in the blood. Normal levels are less than 500 mIU/L for women, and less than 450 mIU/L for men.
Prolactin is a peptide hormone produced by the anterior pituitary gland primarily associated with lactation and plays a vital role in breast development during pregnancy. Hyperprolactinaemia may cause production and spontaneous flow of breast milk and disruptions in the normal menstrual period in women and hypogonadism, infertility and erectile dysfunction in men.
Hyperprolactinaemia can be a part of normal body changes during pregnancy and breastfeeding. It can also be caused by diseases affecting thehypothalamus and pituitary gland. It can also be caused by disruption of the normal regulation of prolactin levels by drugs, medicinal herbs and heavy metals. Hyperprolactinaemia may also be the result of disease of other organs such as the liver, kidneys, ovaries and thyroid.[1]"

Bila ada hyperprolactinaemia nie aku mmg susah nak mengandung. Tp ada ubat untuk hilangkan masalah nie dan aku dah pun start makan ubat sejak bulan puasa hari tue. Nk kata dah sihat x jugak, kena jumpa sekali doktor lagi. Sebelum nie aku ada buat mri test sebab doktor ada cakap mungkin aku ada ketumbuhan di kepala. Tp alhamdulillah bila dah buat mri xde. Dalam masa yang sama husband xnak aku stress sebab bila stress boleh menganggu proses pemulihan. Nak kata hati x sedih bila doktor cakap aku susah nak mengandung hari tue tipula. Aku nangis dari luar hospital sampai ke tempat parking. Dahla masa ambik result tue aku sorang2 dan kemudian drive sorang2 ke shah alam. Sampai ke hari nie aku masih lagi dapat soalan yang sama dan aku harap orang yang bertanya tue akan berhenti bertanya. Sudah-sudahla bertanya sebab hati nie dah x dapat menerima sebarang pertanyaan lagi.  



Lots of Love : Maisarah

Monday, October 15, 2012

Pot Luck & Cup cake decoration contest

Gila lama gambar nie dalam draft baru hari nie aku nak update. Dah lupa dah bila jadi event nie. Dulu masa aku pegang jawatan pengerusi kelab staff aku kena anjurkan event tiap2 bulan dan salah satu eventnya ialah pot luck dan cup cake decoration contest. Sekarang dah x pegang jawatan tue dah sbb x capai kpi...hahahha. Makanan x payah tanyala memang terlampau banyak. Terlebih pun ada...hehe. 


Makanan yang tersedia, ada aiskrim, kek batik, cheese kek @ carrot cake, mee goreng dan bihun goreng dan banyak lagila makanan. Nasib baik maknan xde yang terlebih xde yang terkurang. Cuma masa nia aku rasa aku jadi hyperactive sebab banyak sangat makan makanan bergula...huhu. Korang bg aku pilihan antara main course dgn dessert mestilah aku pilih dessert...hakhak. 

Kat bawah nie semua gambar makanan...hehe.






Yang nie pinggan yang aku makan. Sedap menjilat sudu tue kuewteow dgn bihun tue. Pedas dan marveles..hehe.

Pas habis makan bermulala cake decoration contest. Ada lima kumpulan dan setiap kumpulan diberi cupcake dan icing tuk decoration. Diaorang kena hias cupcake mengikut tema masing-masing dan masa yang diberikan adalah 10 minit. TP 10 minit tue kecoh giler... Siap ada yang letik twisties lagi kat cupcake untuk hiasan...hehe. 









Lots of Love : Maisarah