Wednesday, February 13, 2013

Aunty Aini's Garden Cafe

Kalau korang datang sepang pastikan korang singgah makan di Aunty Aini's Garden Cafe. Cafe nie terletak di tepi jalan laluan pekan lama nilai, Betul-betul tepi jalan dan ada signboard besar. Cafe nie style dia macam makan kat dalam taman. Ada pangkin dan juga boleh makan di bawah payung besar. 

Masa kitaorang sampai tempat dah separuh penuh dan ada yang sudah direserve jadi terpaksala duduk bawah payung. Memang best sebab macam candlellight dinner. Dengar bunyi lagu dimainkan ..hahaha. 

 

Aunty Aini's Garden cafe nie waktu perniagaannya kalau x silapla untuk lunch 12 smpi 3, dan kemudian untuk dinner 7 mlm smpi 11 mlm kot. X teringat pulak. Hari ahad tutup yea. Lauk bukan buffet tapi lebih kepada alacarte. Pilih lauk yang kita nak dalam menu, baru dimasak. Pilihan pun x banyak sangat. 

Hari tue kami pilih ikan jenahak masakk lemak cili api, sawi goreng, ayam kampung goreng dan ulam. Harga termasuk nasi dan air adalh RM37. Bagi aku okla, sebab ikan besar dan ayam pun besar tapi yang paling penting sedap!!! Nasi sikit tapi kitaorng suka sebab boleh makan lauk jer..hehe. 

Selain dari makanan melayu, ada jugak makanan barat. Tapi aku x pernah cuba lagi makanan barat. Nanti nak g cuba makan western food pulak..

Monday, February 4, 2013

Kata bank prestij tapi lembap!!

Aku bengang betul dengan service maybank nilai nie. Gila lembap nak mampus. Aku datang pukul 12.40, pukul 2.30 x hbs lagi dengan prosedur. Menunggu nombor kena panggil dekat 1 jam!!! Pkl 1.45 baru kena panggil. Macam ko pergi hospital kerajaan jer menunggu. Kaunter bukak 1 jer!!! Manala x lama.

Dahla menunggu sikit punya lama, sekali nombor kena panggil orang kaunter pulak buat muka macam tenuk marah kitaorang sebab salah isi borang. Mr F mulala marah, sekali kena tempek dengan MR. F terus muka ko berubah ek Puan Fazila. Ingatkan semua dah ok bila dah dapat bank draft dan duit sekali cek nama kat bank draft salah. Lagila Mr. F mengamuk, dan aku pun dah mula nak ngamuk tapi disebabkan aku demam aku malas nak layan.

Lesson to be learned : Kena anggap customer x tahu apa2 bila berurusan dengan kita. Kena ingat tue.

Wednesday, January 30, 2013

Kebanjiran produk kecantikan

Sekarang nie banyak sangat produk kecantikan dan kesihatan yang dijual dipasaran. Fellina inchlossla, beauskinla, vitamin cla & etc. Aku pelikla betul dengan kebanjiran produk-produk nie di psaran.

Dahla jual sikit punya mahal tapi apa bezanya fellina inchloss nie dengan pati mustajab? Sama jer aku rasa, dua-dua boleh kecikkan peha yang bezakan hanya harga jer. Pelik aku sbb mahal sangat harganya. Katala badan ko XXL, berapa banyak cream tue yang ko nak beli? Satu rm75 + postage rm6 dah jadi rm81. Kalau beli dua puluh xke beribu2. Baik beli basikal atau ko beli set PB. Berbaloi jugak membazirkan duit.

Lagi satu yang aku tengok sekarang nie orang sibuk cakap pasal beauskin. Siap promote kata adira pakai sampai muka dia putih...haha. Dulu muka dia gelap ek? Berdoyonla orang beli sebab nak muka macam adira padahal hakikatnya adira pakai macam-macam produk. Sekali keluar kat propaganza adira bagitahu tak pakai pun produk tue..hiks.

Tapi ada satu iklan yang aku paling menyampah tengok, iklan tuk tongkat ali yang muka pakcik pakai kopiah dengan pompuan tue. Desperate sangat ke pakcik dan makcik nak duit sampai sanggup jatuhkan maruah tuk iklan tue? Geli aku wei baca statement "dulu lembik, sekarang keras dan kuat mcm besi"!!! Makcik pernah kena dengan besi ke sampai bandingkan benda tue dengan besi? Perlu ke iklan macam tue nak jual barang? Cubala cari strategi pemasaran yang efektif dari memalukan diri dan kaum.

P/s : ini adalah pandangan aku, pemerhatian aku sebagai seorang manusia biasa dan juga pengguna. Pandangan setiap orang berbeza-beza.

Nak beli lain, tapi beli benda lain

Jumaat lepas aku cuti, husband balik kerja rehat sekejap kami terus keluar dalam pukul 12.15 ke Seremban. Plannya adalah untuk beli barang rumah macam milo, stove dan lain-lain. Sampai kat seremban perkara pertama kami buat haruslah singgah di masjid Paroi untuk sembahyang Jumaat. Sementara tunggu sumai sembahnyang, apa lagila yang aku boleh buat selain camwhore..hahaha. Nak beli makanan jauh sangatla pulak nak berjalan. I Is malas. Camwhore jerla aku dalam kereta tue selama 45 minit...hahaha. Nampak orang pandang kereta terus buat-buat main handphone. 

Tengok fazura pakai baju denim terus aku pun pakai..hahaha. What to do, akukan suka ikut idola retis, tapi sekarang nie memang tengah style baju denim ek? Baju nie pun aku dah beli masa first time nak g honeymoon kat cahcecahce. Tengok muka sekarang rasa stress sebab tembam nak mampuih!! Argh... Tapi tetap nak vain sambil pose tanak tunjuk double chin...hahaha. 

Habis jer sembahyang ingat nak terus g affin bank dgn pos laju tapi memang x sempat nak g affin bank. Kad ATM aku rosak wei!! Gaji dah nak masuk next week, kena gakla aku g hari selasa kat salak tinggi. Kalau x macammana nak shopping? U tell me please? 

Habis buat urusan pos laju dengan makan terus kami ke Seremban 2. Nak cari barang rumah, jalan punya jalan sekali ternampak bahagian nie... Kami memang nak beli alatan sukan tapi asyik tertangguh jer. Sekali sampai sini tengok price memang berbaloi dan murah dan banyak dapat free gifts so apalagi kami tangkap jerla. Nak bersenam kat luar jangan harapla, memang malas nak tukar baju pakai kasut naik kereta. Ada alatan sukan kat rumah nie sebenarnya lagi berbaloi. Aku ada cara macammana nak kurus dengan cepat. Nanti aku blogkan k.

Yang macam pin bowling tue sebenarnya air purifier free of charge..hehe. Ogawa massager tue pun free...So korang rasa berbaloi x beli? Mestila berbaloi.. Alatan sukan tue pun xdela sampai riburibu. Gila ke apa nak beli ribu2, aku bukan kaya...hehe. 



Love : Maisarah