Saturday, March 30, 2013

Oops..Lama betul x update.

It has been one month since the last post. There are many ups and down in just one month. Laughter, happiness, sadness, depression in just one month. Life is not easy. 

Emm, apa nak cakap yea? Alhamdulillah sangat-sangat sebab akhirnya kadar prolactin turun. Akhirnya tuhan makbulkan doa kami. Tapi dalam masa yang sama ada sedikit kesedihan juga kerana kawan sepejabat yang kahwin lagi lambat sudah pun mengandung. Xdela rasa cemburu tapi gembira pada mereka. Alhamdulillah rezeki mereka cepat. 

Nak kata aku x tertekan dengan keadaan sekarang tipula, mestilah tertekan tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk menunjukkan yang aku x tertekan. Tidak sama sekali aku tunjukkan itu semua pada orang lain. Itu prinsip aku. Biarlah kekecewaan itu aku tanggung sendiri. 

Kla, nanti aku update lagi k. Nak layan tengok fear factor..hiks

Lots of Love : Maisarah

Wednesday, February 13, 2013

Aunty Aini's Garden Cafe

Kalau korang datang sepang pastikan korang singgah makan di Aunty Aini's Garden Cafe. Cafe nie terletak di tepi jalan laluan pekan lama nilai, Betul-betul tepi jalan dan ada signboard besar. Cafe nie style dia macam makan kat dalam taman. Ada pangkin dan juga boleh makan di bawah payung besar. 

Masa kitaorang sampai tempat dah separuh penuh dan ada yang sudah direserve jadi terpaksala duduk bawah payung. Memang best sebab macam candlellight dinner. Dengar bunyi lagu dimainkan ..hahaha. 

 

Aunty Aini's Garden cafe nie waktu perniagaannya kalau x silapla untuk lunch 12 smpi 3, dan kemudian untuk dinner 7 mlm smpi 11 mlm kot. X teringat pulak. Hari ahad tutup yea. Lauk bukan buffet tapi lebih kepada alacarte. Pilih lauk yang kita nak dalam menu, baru dimasak. Pilihan pun x banyak sangat. 

Hari tue kami pilih ikan jenahak masakk lemak cili api, sawi goreng, ayam kampung goreng dan ulam. Harga termasuk nasi dan air adalh RM37. Bagi aku okla, sebab ikan besar dan ayam pun besar tapi yang paling penting sedap!!! Nasi sikit tapi kitaorng suka sebab boleh makan lauk jer..hehe. 

Selain dari makanan melayu, ada jugak makanan barat. Tapi aku x pernah cuba lagi makanan barat. Nanti nak g cuba makan western food pulak..

Monday, February 4, 2013

Kata bank prestij tapi lembap!!

Aku bengang betul dengan service maybank nilai nie. Gila lembap nak mampus. Aku datang pukul 12.40, pukul 2.30 x hbs lagi dengan prosedur. Menunggu nombor kena panggil dekat 1 jam!!! Pkl 1.45 baru kena panggil. Macam ko pergi hospital kerajaan jer menunggu. Kaunter bukak 1 jer!!! Manala x lama.

Dahla menunggu sikit punya lama, sekali nombor kena panggil orang kaunter pulak buat muka macam tenuk marah kitaorang sebab salah isi borang. Mr F mulala marah, sekali kena tempek dengan MR. F terus muka ko berubah ek Puan Fazila. Ingatkan semua dah ok bila dah dapat bank draft dan duit sekali cek nama kat bank draft salah. Lagila Mr. F mengamuk, dan aku pun dah mula nak ngamuk tapi disebabkan aku demam aku malas nak layan.

Lesson to be learned : Kena anggap customer x tahu apa2 bila berurusan dengan kita. Kena ingat tue.

Wednesday, January 30, 2013

Kebanjiran produk kecantikan

Sekarang nie banyak sangat produk kecantikan dan kesihatan yang dijual dipasaran. Fellina inchlossla, beauskinla, vitamin cla & etc. Aku pelikla betul dengan kebanjiran produk-produk nie di psaran.

Dahla jual sikit punya mahal tapi apa bezanya fellina inchloss nie dengan pati mustajab? Sama jer aku rasa, dua-dua boleh kecikkan peha yang bezakan hanya harga jer. Pelik aku sbb mahal sangat harganya. Katala badan ko XXL, berapa banyak cream tue yang ko nak beli? Satu rm75 + postage rm6 dah jadi rm81. Kalau beli dua puluh xke beribu2. Baik beli basikal atau ko beli set PB. Berbaloi jugak membazirkan duit.

Lagi satu yang aku tengok sekarang nie orang sibuk cakap pasal beauskin. Siap promote kata adira pakai sampai muka dia putih...haha. Dulu muka dia gelap ek? Berdoyonla orang beli sebab nak muka macam adira padahal hakikatnya adira pakai macam-macam produk. Sekali keluar kat propaganza adira bagitahu tak pakai pun produk tue..hiks.

Tapi ada satu iklan yang aku paling menyampah tengok, iklan tuk tongkat ali yang muka pakcik pakai kopiah dengan pompuan tue. Desperate sangat ke pakcik dan makcik nak duit sampai sanggup jatuhkan maruah tuk iklan tue? Geli aku wei baca statement "dulu lembik, sekarang keras dan kuat mcm besi"!!! Makcik pernah kena dengan besi ke sampai bandingkan benda tue dengan besi? Perlu ke iklan macam tue nak jual barang? Cubala cari strategi pemasaran yang efektif dari memalukan diri dan kaum.

P/s : ini adalah pandangan aku, pemerhatian aku sebagai seorang manusia biasa dan juga pengguna. Pandangan setiap orang berbeza-beza.