Friday, January 25, 2013

Perubahan Usia?

Aku rasa sejak masuk tahun 2013 nie dan umur yang satu tahun sahaja lagi umur akan mencecah 30 banyak perubahan yang dapat aku lihat pada diri aku. Perubahan yang paling ketara adalah aku dah mula kurang selesa untuk memakai seluar jeans...erk. AKu mula minat pakai dress.. Pergi mana-mana aku cari jeans dengan t-shirt dulu sebelum nie tapi sekarang mata aku mula tertarik dengan dress, maxi or pants which is not tight. Perubahan hormon atau nak jadi islamic? Tue belum lagi beli supplement tuk kesihatan dan untuk mengurangkan kedutan dimuka..hehe. 

Walaupun umur dah meningkat orang kat sekeliling masih lagi ingat aku muda, majoriti orang ingat aku masih belajar lagi. Bila diaoang tanya umur aku suruhla teka dulu. Majoriti cakap 25-26 tahun...hahaha. Thank u olls sbb ingat ahkak muda.. Padahal dah tua..hahaha. Bila cakap umur 29 tahun terus cakap tipu. 

Kalau dulu aku suka beli majalah Glam, Eh tapi sekarang majalah tue aku letak tepi, aku lagi suka beli majalah saji, buku resipi atau majalah PAMA.. Almaklumla nak jadi isteri yang pandai memasak..hehe. Tue belum lagi kalau g Giant atau tesco aku mesti cari barang dapor dulu. Biasa g tengok baju atau kasut. 

Tapi satu jer yang x pernah berubah dari dulu sampai sekarang, untuk wanita berkahwin yang berusia 29 tahun pelik ke suka kpop? Aku dah suka kpop sejak dr umur aku 26 tahun dan aku rasa memang aku x boleh kalau x tengok sehari. Bukan Kpop jer tapi variety show dari korea. Memang menarik-narik iman aku untk tengok. Lagi-lagi variety show kegemaran aku iaitu RUNNINGMAN & Two Days One Night. Love them so much. 

Lots of LOVE:
-Maisarah-

0 comments:

Post a Comment