Saturday, January 26, 2013

Variety Show Korea

Dari 2 tahun lepas aku memang gila tengok variety show korea. Semua aku tengok dari star king, strong heart, happy together, oh myschool, We got married. Tapi hanya dua jer yang betul-betul menarik perhatian aku dan menyebabkan aku terlekat kat tv lama dan download..hehe. Dua variety show itu adalah "Two Days One Night" & "Runningman". Aku memang gila wei tengok variety show nie. Seminggu x tengok boleh gatal kepala. 


Sebelum mulanya rancangan-rancangan Runningman & Two days one night, tahun 2008 SBS ada tayangkan variety show Family Outing. Variety nie x pernah pun ditunjukkan kat Malaysia, korang hanya boleh tengok kat Internet. Memang best dan kelakar. Ada YooJaesuk dan Deasung Big Bang!! Dari sinila munculnya "Dumb & Dumber" dkt jae suk dan daesung. Kelakar wei tengok diaorng masak maggi kira berapa banyak air nak kena guna. Rancangan nie ditamatkan pada februari 2010 dan kemudian ada seasons two tapi tukar semua selebriti dan bosan gila. X sampai 8 episode dah kena tamatkan. Kalau korang nak tengok aku bagi link Family Outing Seasons 1


 "Two days One Night" nie aku baru start tengok hujung tahun lepas. Aku suka tengok sebab diaorng banyak pergi tempat-tempat menarik sekitar korea yang sangat-sangat cantik. Tengok perangai jahat si Sugeun dan ketampanan JooWon. Yang nie biasanya ditayang di KBS HD 392 setiap ahad petang. Best!! 


Kalau "RunningMan" x payah cakapla, Yang nie sejak 2 tahun lepas aku dah layan. Siap donlod dari episode 1 sampai episode 123.Kelakar dan x kering gusi tengok. AKu peminat besar Jaesuk dengan Gary. Kalau tengok kat ONE HD setiap hari jumaat tue lambat 6 episode rasanya. AKu biasanya tengok kat KSHOWNOW kat sini RunningMan. Kat situ sekarang dah episode 129. Ahad nie akan tayang episode 130, biasa kalau ahad dah keluar kat korea dalam hari selasa dah siap subs ke english. Memang best dan x potong macam kat One HD. Yang kat ONE HD tue ada yang dipotong yea. Tue yang x syok tue. Kla, aku nak layan Runningman tetiba..hehe

Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment