Monday, December 19, 2011

Cuba teka apa nie?

Lots of Love : Maisarah

Friday, December 16, 2011

Pernah X Terfikir?


Sticky Post : New Updates scroll bawah.. :)



Bila tengok gambar nie, pernah x korang terfikir yang satu hari nanti badan korang akan jadi macam nie? Perut buncit dan ada selulit...

PErnah x korang terfikir satu hari nanti korang dah mula xde masa nk bersenam dan malas nak diet? 

Pernah x korang terfikir nak pergi slimming center dan bayar beribu-ribu, puluh ribu untuk treatment kuruskan badan seminggu sekali tapi x kurus2 pun?

Pernah x korang terfikir nak diet separuh mati tapi bila nampak makanan terus x jadi nak diet?

PErnah x korang terfikir yang sebenarnya ada cara mudah nak kurus dengan hanya memakai Premium Beautiful? Mereka dan saya sudah membuktikannya...

 Kak Ana dulu (Baju merah)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kak Ana sekarang.
Yang ini pulak my picture before and after....Klik Link nie -----salah-betul-pilihanku

P/S : Kalau nk tahu lebih lanjut pasal Premium Beautiful (PB) boleh call @ sms di 0124832734 @ e-mail ke sarahyusof_84@yahoo.com. 

Lots of Love : Maisarah

Thursday, December 15, 2011

Pengalaman masak untuk suami

 Jika diberi pilihan untuk memilih antara memasak dengan mengemas aku lagi rela mengemas. Bukan sebab aku x pandai memasak tapi sebab aku malas nk duduk dapur. Biasanya kalau tinggal beruda kat rumah dengan adik aku jarang masak. Aku lagi rela habiskan duit makan kat luar...hehe. 

Pengalaman pertama aku masuk dapur masa aku darjah 4. Time tue teringin sangat nak makan ayam goreng. Aku gigihkan jugak memasak untuk kali pertama. Ayam dah dilumur dengan kunyit dan garam dan minyak pun dah panas. Sebelum aku nk masukkan ayam dalam kuali aku angkat dulu kuali letak kat dapur yang xde api supaya minyak x panas sangat. Aku nie fobis sikit bila kena minyak, jadi aku pun pakaila "protective gear" yang aku cipta sendiri...hehe. Aku pakai baju hujan ayah aku, sarung tangan ayah aku sebab takut minyak terpercik kena tangan dan badan. Tapi yang paling best adalah aku siap pakai HELMET ayah aku sebab takut minyak kena kat muka!! hehe... Masak ayam tue pun terjerit2 sebab takut kena walaupun dah pakai "protective gear"...hehe. 

Sekarang nie dah kawen kenala masak untuk suami. Suami request nak makan hasi air tangan aku, jadi aku gigihkan diri untuk memasak. Sejujurnya-jujurnya aku xdela pandai sangat memasak tapi kalau untuk makan diiri sendiri bolehla. Satu pantang aku time aku masak x suka da orang lain dalam dapur, nanti jadi serba x kena hidup aku kalau nak masak. Menu hari sabtu hari tue ayam goreng, sotong goreng kunyit dan sayur campur. Masak yang simple jer sebab suami suka makan makanan yang simple.. Masak x guna resipi, main bedal jer asalkan masak, sedap dan yang paling penting selamat untuk dimakan..hehe.


Bawang sedang ditumis untuk memasak sotong goreng kunyit


Sotong terlebih kunyit...hehehe. Tp sedap ok. Aku masak kat kuali leper sebab malas nk basuh kuali banyak kali..hehe.

 Kali nie goreng ayam x payah pakai "protective gear". Dah mahir ok. 


Sayur campur main bedal asalkan sedap..hehe


Tada!! Dinner untuk dua orang..huhu. Sedap dan selamat dimakan...hehe

Oh..nie kali kedua kau masak untuk suami. Kali pertama aku masak ambik masa dekat 1 1/2 jam... Gila lama. Tapi untuk yang nie x sampai 1 jam dah siap masak 3 lauk...hehe. 


Lots of Love : Maisarah

Percubaan Pertama

Testing - testing...huhu. First time nak update blog pakai ipad. Terkial-kial gak aku menaip + confuse. Nak try upload gambar tp x reti... Nk kena belajar lg. Lots of Love : Maisarah

Wednesday, December 14, 2011

Intan Suprise Baby Shower

Biasanya kami "Kerawang" akan perancangan baby shower @ bachelorette party berbulan2 sebelum tarikh event tapi kali nie kami organize baby shower intan secara ad-hoc. Seminggu sebelum event kerawang O mesej ckp nk buat suprise baby shower untuk intan pada hari isnin 5/12. Kami semua diminta untuk merahsiakan hal ini daripada intan. 2 hari sebelum baby shower aku cari hadiah. 

Sampai jer hari yg ditunggu-tunggu sepatutnya majlis stast pukul 7.30 tapi dilewatkan ke pukul 8.30 mlm. Sepatutnya dalam 20 orang yang datang tapi yang dapat hadir hanyalah 7 orang tapi xper sebab yang datang 7 orang nie pun dah boleh ceriakan suasana kat rumah intan..huhu. We had so much fun talking, gossiping sampaikan mula-mula nk balik pukul 10 terlajak sampai ke pukul 11 malam.. huhu. 


Chocolate cupcake yang sangat sedappppppppp.... Jilat jari wei. X manis sangat. 


Red velvet yang sedap juga tapi x sesedap chocolate cupcake..huhu.


Puff pastry yang sedap dan gebu tapi still xleh lawan cupcake chocolate yang sedap itu..huhu



Main food malam tue adalah nasi ayam. Sup cendawan tue sangat sedap ditambah pulak dengan ayam yang dimasak dengan kuah yang pekat dan acar yang menjilat jari. Bertambah-tambah aku makan..hehe. 



Kami bersama insan yang diraikan :)

Lots of Love : Maisarah

Tuesday, December 13, 2011

Asyik makan jer



Dari awal bulan 11 lagi teringin nak makan nando's. Sekali bila dah dapat heaven betul. 1/4 ayam dengan 2 side dish. Ayam mild peri-peri (X suka ambik yang pedas) dengan coleslaw + potato salad. Heaven


Muffin nie aku beli masa satu event dekat kl sentral. 8 muffin dengan harga RM12. Isi muffin tue yang best!! Banyak betul jam blueberry. Sedap sangat2. 


Makanan aku untuk breakfast. Hanya susu segar Goodday dengan waffle vanilla. Sekarang nie dah jarang makan makanan berat waktu breakfast. X sempat. 
Minuman kegemaran kalau lepak di starbucks. Caramel Machiatto Iced. Sangat Sedap...Tengok nie rasa macam dah lama x minum starbucks. 

Lots of Love : Maisarah

Monday, December 12, 2011

10 Things I LOVE!!!


10 THINGS I LOVE


1. Menari
Mesti ramai yang x percaya yang aku nie suka menari? Sejak dari sekolah lagi aku suka menari, siap masuk pertandingan cheerleader lagi tapi kalah...hehe. Aku suka gila menari tarian MODERN!! Disebabkan minat dengan menari sampaikan kokurikulam yang diwajikan masuk di UUM pun aku ambik Tarian Melayu...hehe. 4 semester belajar menari. Tapi aku sebenarnya x suka menari tarian melayu tapi dah itu jer yang ditawarkan terpaksala ambik. Salah satu event besar yang aku kena menari masa kat UUM adalah masa Sukan UUM...Kekok wei menari tengah-tengah padang..hahaha, 


2. KPOP 


Kpop merupakan kegilaan aku sejak setahun yang lalu. Tetapi yang membuat aku jatuh cinta dengan dunia kpop adalah sejak aku menonton cerita full house. Sejak dari itu aku dah mula berjinak-jinak dengan dunia korea tapi kegilaan tahap kronik aku terhadap korea adalah sejak tahun lepas. Aku beli hard disk pun sebab nak simpan semua gameshow, variety show, konsert pasal group kpop kesayangan..hehe. 


3. KASUT

Aku suka betul kumpul kasut. Kalau dibilang dan dihitung aku ada dekat 20 pasang kasut. Ada high heels, sandal, wedges, flats, sneakers. Aku nie pulak jenis yang kalau beli kasut suka tengok design bukan keselesaan...hahaha. Lepas tue mulala menyesal sebab kasut jer cantik tapi x selesa nak dipakai...hehe. Dan kemudian dijadikan alasan untuk membeli kasut baru. Abah dan mama pening tengok kasut aku yang berlambak..hehe

4. SHOPPING
Kalau ada duit aku mesti shopping!! Asal ada duit jer mesti cari masa untuk shopping. Kadang-kadang aku saja jer masuk lmn web shoppingnsales nak tengok jualan murah terkini supaya senang cari alasan untuk pergi shopping..hehe. 


5. MAKANAN
Makanan mesti wajib masuk..sebab aku suka makan..hehe. Tapi tengok gak keadaan dan juga lauk yang dihidangkan. Kalau lauk yang dihidangkan tidak menepati selera aku x makan pun.

6. IPAD 2
Aku x boleh hidup tanpa ipadku. Rasa macam x lengkap jer dunia. Dulu aku ada laptop dan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh. Dekat 6 tahun laptop tue berjasa padaku tapi akhirnya rosak juga. Lepas tue x pernah beli laptop sampaila sekarang. Ipad 2 tue pun aku dapat sebagai hantaran..huhu.


7. HANDPHONE

Seriously i can't live without a phone. Oh, and my handphone is not as smart as my friend phone...huhu. Yup, aku x pakai smartphone. Aku masih lagi pakai nokia Expressmusic yang telah dibeli 4 tahun yang lepas. Kalau orang lain sanggup mengikat perut nak beli smartphone, aku x termasuk pada golongan itu... Selagi handphone x rosak, aku xkan beli handphone baru..huhu.

9. Movie
Suka tengok wayang tapi xde masa nak tengok. Dulu sebelum kahwin setiap dua minggu mesti g tengok wayang tapi sekarang nie dah dekat 3 bulan aku x tengok cerita terbaru di panggung wayang. Kalau tengok wayang aku suka tengok citer romantic comedy, comedy, action @ cartoons. Kalau citer hantu jangan harapla aku nak tengok. Kat rumah pun x layan citer hantu. 


10. HANDBAG


Aku suka kumpul handbag dan aku suka tukar-tukar handbag kalau g kerja. AKu x kisah jenama bila beli handbag tapi aku x suka beli "fake" handbag. Untuk aku kalau x mampu nak beli handbag berjenama macam gucci, louis vuitton and etc x payahla beli yang tiruan semata-mata nak menunjukkan yang ko mampu beli. 

Lots of Love : Maisarah

Saturday, December 10, 2011

Cita - citaku

Waktu kecik dulu korang ada cita-cita x? Aku dulu masa sekolah rendah bercita-cita untuk jadi cikgu. Setiap tahun dari darjah 1 sampaila darjah 6 cita-cita mesti nak jadi cikgu... Kenapa aku nk jadi cikgu? Sebab mama cikgu..hehe. Orang tua2 cakap "mana tumpahnya kuah kalau bukan keatas nasi". Tapi bila naik Form 1 cita-cita aku bertukar...hehehe. Nak tahu apa cita-cita aku masa form 1? Mestilah nak jadi .............. PRAMUGARI!!! hehe.... Serius aku punya cita-cita time tue nak jadi pramugari, nak jadi pramugari sebab seronok dapat terbang seluruh dunia dan yang paling best sekali dapat pakai baju kebaya ketat...muahahhaha.. Disebabkan cita-cita nak jadi pramugari niela aku mls nak belajar sebab masa tue aku dapat tahu yang nak jadi pramugari hanya perlukan SPM dan kena pandai BI..hehe. Budak-budak lagi time tue. 


Naik form 3 kesedaran dah mula timbuk sikit, aku mula bercita-cita nak jadi peguam. Kenapa nak jadi peguam? Sebab aku suka loyar buruk kot..hehe. AKu pun x beberapa ingat kenapa aku nk jadi peguam. Tapi bila result PMR kurang memberangsankan 4A dan 4B terus tukar cita-cita. Aku nie jenis yang malas nak membaca dan menghafal, so x sesuaila nak jadi lawyer..hehe.



Masa Form 4 aku ambik aliran akaun  sebab aku suka matematik dan mengira duit. Waktu nie xde cita-cita lagi, Tapi masa nie aku mula berjinak-jinak dengan sukan olahraga so angan-angan nak jadi atlet tue memang ada tapi x sedar diri sikit aku nie. Setakat dapat pingat perak mana layak nak jadi atlet..hehe. 
Jadi, cita-cita nak jadi atlet tue tinggal angan-angan jerla..hehe. 


Dan entah macammana aku mula suka pada subjek akaun sehinggakan masuk matrik ambik akaun. Dekat UUM pun ambik akaun dan akhirnya cita-cita aku adalah untuk menjadi akauntan @ auditor. Minat sangat-sangat tapi apakan daya tidak sampai 7 bulan berkerja aku pun berhenti disebabkan tekanan kerja yang teruk. 


So, sekarang aku bekerja sebagai apa? AKu bekerja sama profession dengan mama iaitu mengajar cita-citaku semasa kecil. Aku pun x sangka yang aku akan mengajar kerana aku mengharapkan yang aku akan menjadi auditor sepanjang hidup aku. Tapi, aku bukan hanya nak menjadi seorang tutor sahaja sepanjang hidup aku, aku mahu menjadi seorang ahli pernigaaan yang berjaya satu hari nanti. AMIN. 

Lots of Love : Maisarah

Friday, December 9, 2011

Pertandingan Nasyid

30 November 2011 kolej menganjurkan pertandingan nasyid antara mentor. Satu kumpulan dibentuk melalui 2 orang mentor. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyayikan 2 buah lagu. Kumpulan aku memilih lagu keluarga bahagia daripada kumpulan saujana dan satu lagu wajib iaitu lagu awal muharam. Aku pulak kena baca sajak. Memang menakutkan. Mengeletar tangan first time baca sajak depan orang ramai. Mengajar x sama ek dengan buat persembahan...muahahhaha. Setelah berhempas pulas membuat persembahan kami hanya mendapat tempat ke-4...hehe. 



Nama event adalah "ketika cinta bertasbih". Rasanya dah macam nama citer indon jer..huhu.


Yang diselimuti dengan kain batik itu adalah student ek. Dia menyamar jadi mayat.  Masuk lagu awal muharram terus bangun, mestilah ramai yang terkejut. 

My group!! MAna aku? Ada kat sebelah tengah tue turn nak baca sajak. Time niela mengeletar x hengat dunia. muahahaha.. Tuela, saper suruh tawarkan diri baca sajak..hehe. Kat bawah nie ada lagi gambar-gambar group lain tengah perform. 



 Dan yang paling last sekali adalah gambar tutor tengah interframe sementara menunggu juri kira markah. Gambar pemenang x tangkap sebab bateri habis..hehe(tapi sebenarnya cemburu kalah..hehe)

Lots of Love : Maisarah

Thursday, December 8, 2011

My Wedding Picture : Kajang

Akhirnya, masa yang dinanti-nanti telah pun tiba. Dah dapat gambar kahwin!!! X lama pun aku tunggu gambar kahwin nie. Dan memang berbaloi-baloi. Dapat Dua storybook, 1 album dengan 200 keping gambar, 3 CD dan satu gambar besarrrrrrrrr sebesar aircond...huhu Yeah!! Aku tergelak-gelak tengok gambar kahwin, malu pun ada gak..hehe. Sebenarnya penat gak nak tangkap gambar kahwin nie. Dengan baju yang berat ditambah pulak dengan makeup yang tebal...Penat wooo... 













Gambar yang selebihnya ada di facebook, mls nak upload di sini.. Jurugambar rasmi adalah KameraKapok

Lots of Love : Maisarah