Wednesday, October 31, 2012

ACCOUNT & TAX SERVICES

*sTicKy Post. New Update Scroll Bawah Ek.

Both me and my husband are now providing accounting and tax services to small and medium company. Fees are negotiable starting from RM500 and we provide our services to this location which are in Nilai, Seremban, Sepang, KLIA and Putrajaya.

For more information, do not hesitate to call us.






> QuaLitY SerViCes Are oUr NumBer 1 PrioRity <


Lots of Love : Maisarah

Wednesday, October 24, 2012

Akhirnya 4S!!


Ingat lagi x entri yang ini Kenapa Aku Perlukan Handphone baru ... Akhirnya 4 hari selepas birthday baru aku dapat handphone...huhu. Sebelum tue mesti ada orang tanya mcmmana sambutan besday aku? Candlelight dinner? Suprises? Nan hado...Husband kerja..Isk2. Tp xper, asalkan dapat handphone baru aku dah cukup gembira...

Tp nak cari handphone nie sikit punya seksa... Merata tempat cari banyak yg xde stok. Hari Rabu lepas checkup doktor dgn ambik darah pergila kami mencari handphone. Padahal masa nie aku tengah menahan kesakitan sakit kepala dengan demam. Mula-mula kami cari kat alamanda. Stok ada satu kat Maxis, mula2 ingat nak beli handphone sahaja tanpa kontrak sekali tengok celcom nyer promosi kontrak lagi murah dan berbaloi terus lepaskan handphone tue. Cari lagi sampai satu tahap aku dah x larat terus balik rumah.

Keesokan harinya dengan demam pas balik dari klinik berpakaian selekeh gla klia cari celcom kiosk dan akhirnya ada stok. Terusla rembat x tunggu lagi. Ingat nak ambik warna hitam tapi xde stok so kenala ambik sama warna dengan husband iaitu warna putih. Pas nie x yah dah buat tekateki dengan kawan masa hantar mesej..huhu. 



Lots of Love : Maisarah

Tuesday, October 16, 2012

Sudah-sudahla bertanya

Lagi seminggu lagi cukup setahun aku kahwin. Dalam setahun nie tipula kalau aku cakap aku x tension bila orang asyik tanya bila nak dapat baby. Aku tahu lepas berkahwin orang akan mula berharap kita mendapat baby tapi kadang-kadang bila asyik ditanya dan diberi harapan akan membuatkan aku rasa tertekan. 6 bulan lepas kahwin aku terus jumpa doktor pakar sebab aku dah x tahan dengan pertanyaan orang dan dalam masa yang sama aku n tahu keadaan kesihatan aku. Turun naik hospital tue macam dah jadi perkara biasa. Untuk orang yang x kenal aku mungkin x tahu yang aku nie jenis yg suka simpan masalah untuk diri sendiri. Aku jarang sangat2 nak bgtahu masalah aku kat orang lain termasuk ahli keluarga atau suami sendiri. Aku hanya bgtahu pada bff aku sahaja. Itu pendirian aku. 

Bila jumpa doktor pakar doktor suspek aku ada masalah Hyperprolactinaemia. "Hyperprolactinaemia  is the presence of abnormally high levels of prolactin in the blood. Normal levels are less than 500 mIU/L for women, and less than 450 mIU/L for men.
Prolactin is a peptide hormone produced by the anterior pituitary gland primarily associated with lactation and plays a vital role in breast development during pregnancy. Hyperprolactinaemia may cause production and spontaneous flow of breast milk and disruptions in the normal menstrual period in women and hypogonadisminfertility and erectile dysfunction in men.
Hyperprolactinaemia can be a part of normal body changes during pregnancy and breastfeeding. It can also be caused by diseases affecting thehypothalamus and pituitary gland. It can also be caused by disruption of the normal regulation of prolactin levels by drugs, medicinal herbs and heavy metals. Hyperprolactinaemia may also be the result of disease of other organs such as the liver, kidneys, ovaries and thyroid.[1]"

Bila ada hyperprolactinaemia nie aku mmg susah nak mengandung. Tp ada ubat untuk hilangkan masalah nie dan aku dah pun start makan ubat sejak bulan puasa hari tue. Nk kata dah sihat x jugak, kena jumpa sekali doktor lagi. Sebelum nie aku ada buat mri test sebab doktor ada cakap mungkin aku ada ketumbuhan di kepala. Tp alhamdulillah bila dah buat mri xde. Dalam masa yang sama husband xnak aku stress sebab bila stress boleh menganggu proses pemulihan. Nak kata hati x sedih bila doktor cakap aku susah nak mengandung hari tue tipula. Aku nangis dari luar hospital sampai ke tempat parking. Dahla masa ambik result tue aku sorang2 dan kemudian drive sorang2 ke shah alam. Sampai ke hari nie aku masih lagi dapat soalan yang sama dan aku harap orang yang bertanya tue akan berhenti bertanya. Sudah-sudahla bertanya sebab hati nie dah x dapat menerima sebarang pertanyaan lagi.  



Lots of Love : Maisarah

Monday, October 15, 2012

Pot Luck & Cup cake decoration contest

Gila lama gambar nie dalam draft baru hari nie aku nak update. Dah lupa dah bila jadi event nie. Dulu masa aku pegang jawatan pengerusi kelab staff aku kena anjurkan event tiap2 bulan dan salah satu eventnya ialah pot luck dan cup cake decoration contest. Sekarang dah x pegang jawatan tue dah sbb x capai kpi...hahahha. Makanan x payah tanyala memang terlampau banyak. Terlebih pun ada...hehe. 


Makanan yang tersedia, ada aiskrim, kek batik, cheese kek @ carrot cake, mee goreng dan bihun goreng dan banyak lagila makanan. Nasib baik maknan xde yang terlebih xde yang terkurang. Cuma masa nia aku rasa aku jadi hyperactive sebab banyak sangat makan makanan bergula...huhu. Korang bg aku pilihan antara main course dgn dessert mestilah aku pilih dessert...hakhak. 

Kat bawah nie semua gambar makanan...hehe.






Yang nie pinggan yang aku makan. Sedap menjilat sudu tue kuewteow dgn bihun tue. Pedas dan marveles..hehe.

Pas habis makan bermulala cake decoration contest. Ada lima kumpulan dan setiap kumpulan diberi cupcake dan icing tuk decoration. Diaorang kena hias cupcake mengikut tema masing-masing dan masa yang diberikan adalah 10 minit. TP 10 minit tue kecoh giler... Siap ada yang letik twisties lagi kat cupcake untuk hiasan...hehe. 









Lots of Love : Maisarah

Sunday, October 14, 2012

Happy 28th Birthday To me :)

Hari nie hari jadi aku yang ke28 tahun... Oops, lagi 2 tahun akan masuk ke angka 30... Ayoyo takutnya masuk umur 30. Dalam 28 tahun nie banyak cabaran, dugaan, kenangan manis yang berlaku dalam hidup. Mama cerita aku lahir dalam keadaan x cukup bulan dan ada demam kuning. Setiap pagi abah akan bawak aku kena sinaran matahari. Keadaan aku waktu kecik sampaila sekarang masih lagi sama, selalu sakit selalu selsema. Masuk hospital keluar hospital. Nak buat macammana antibodi x kuat..hehe. Banyak benda yang aku nak dan kecapi sebelum aku capai umur 30 tahun.

1)    First Priority aku mestilah nak ada anak...:). Berharap sangat tue xdela, tp kalau ada rezeki       alhamdulillah.

2)    Kerjaya baru? :) hehehe...

3)    Handbag Coach (Madison)

4)    Iphone 5, xpun iphone 4s pun ok gak...hehehe.

5)    Seluar jeans baru...Levis jerla.

6)    Kereta boleh?

7)    Duit berjuta-juta jatuh atas riba.....hehehe

Banyak pulak melalut nak hadiah apa. X kisahla hadiah apa yang penting bagi aku hanyala umur aku panjang, sihat dan sentiasa murah rezeki hendaknya. Sepatutnya hari ni celebrate dengan suami tapi malangnya sejak dr semalam dia kerja dan aku keseorang dirumah. Sambut malam nie tengok masterchef jerla....isk2.

Lots of Love : Maisarah

Saturday, October 13, 2012

Motif Harga naik?

Sejak aku duduk sepang nak g kerja aku kena naik ERL dari Salak Tinggi. Dah nak dekat 6 bulan aku naik erl tiap-tiap bulan aku bayar RM285 tapi bermula bulan Oktober dah naik harga jadi RM330!!! Naik dekat RM50 tue!!! Yang aku bengang pihak erl hanya keluarkan notis dan tampal dekat papan kecik sebelah kaunter... Hello, ko boleh letak penukaran waktu perjalanan sebesar-besar alam tapi kenapa kenaikan harga x letak banner? Takut pelanggan marah ke? 

Ada jugak orang tanya kenapa nak naikkan harga. Ada orang erl bgathu kenaikan harga adalah disebabkan diaorang nak upgrade internet jadi 4G!! Eh, aku bayar RM50 untuk 4G yang aku hanya guna untuk 27 minit pagi dan 27 minit petang. Dahla kata 4G tapi lembap gak... Geram betul aku. Tapi nk buat mcmmana dah itu sahaja pengangkutan awam yang ada kat situ terpaksala naik... :( 



Lots of Love : Maisarah

Friday, October 12, 2012

Udang Masak lemak Cili api

Orang baru kahwin macam aku nie kalau nak masak mesti tengok buku resipi...hehe. Kali nie aku masak Udang masak lemak cili api pun tengok resipi dari buku kak hanieliza.. Dan Memang jadi!! hubby suka, siap cakap aku beli kat kedai nie...Cit, penat i masak ok.

Bahan - bahannya :

15 biji cili api (aku kira betul-betul ok 15 biji...hehe)
Kunyit 2 inci (Yg nie xdela sampai aku ambik pembaris ukur 2 inci, gila apa. Agak-agak jerla...hehe)
Cili merah 2 biji
Serai 3 batang
Tomato (sepatutnya nenas tapi husband x bagi aku mkn nenas so kita letak tomato)
Udang 
Air 1 cawan
Santan (aku pakai santan kotak satu kotak kecik)







Cara Penyediaanya :


Korang blend cili api, cili merah, kunyit dengan air sekali sampaila lumat. Masukkan bahan yang dikisar bersama dengan udang, tomato dan juga serai yang telah pun dititik. Masak sampai mendidih. Jangan lupa letak garam untuk perasa.




Dah masak sampai mendidih baru korang letakkan santan dan masak balik sampai mendidih. Dah mendidih tutup pastue makan..hehe. Aku baru tahu nak masak masak lemak nie gila punya senang. Ingatkan susah...hehe


Lots of Love : Maisarah

Thursday, October 11, 2012

Kenapa aku perlukan handphone baru

Dah hampir LIMA tahun aku guna handphone nokia express music nie. Masa beli handphone nie nokia express music memang tengah "in", aku beli handphone nie pun sebab nak dengar lagu...hehe. Siap pujuk husband (dulu bf) g warta bangi beli handphone nie. Bayar RM800....hehe. 


Tapi korang tengokla handphone nie selepas lima tahun. Hambik ko, yg ka tepi tue dah tercabut dan langsung x boleh guna. Nak kuatkan sound pun dah x boleh. Tp yang paling sadis adalah dah x boleh tekan baris no 7 sampai 9. Habis tue macammana aku nk sms?!! Aku nie dahla x boleh hidup tanpa sms...hahaha. Kawan aku semua bising aku mesej x balas...Ello, handphone rosak ok. Pastue ada plk yang suruh aku install watsapp.... Eh, handphone murah nie x tahu apa itu watsapp..hehe. Dulu aku x malu nak pakai handphone nie tapi bila dah sadis macam nie jadi malu plk...hehe. Yeala, ipad mampu plk pakai tapi handphone x nak tukar...hehehe.




Bukan aku xnak tukar tapi 2 minggu lepas dah nyaris dah nak tukar handphone tapi disebabkan aku kelaur rumah pukul 8 mlm dan kebetulan hari ahad kedai celcom dah tutup jadi x bolehla beli handphone baru...hahaha. Nmpk sangat alasan...hehehe. Xdela, husband cakap tunggula Iphone 5 masuk baru kita beli, eh..nanti jap bukan beli iphone 5 tapi beli iphone 4S sebab mesti harga 4S dah jatuh...hehe. Boleh? So kenala tunggu sampai iphone 5 masuk, tapi sebenarnya aku dah x larat nk tunggu.... Cepatla iphone 5 masuk oiii!!!!



Lots of Love : Maisarah

Wednesday, October 10, 2012

Resipi ayam kicap cili api

Resipi nie aku belajar dari mak mentua aku, sebab husband suka sangat makan ayam kicap cili api. Mak mentua aku ajar xde sukatan, semuanya terpulang pada cara masing-masing. Nak pedas tambah cili, xnak pedas kurangkan cili...hehehe.

Bahan-bahan :
Ayam
Bawang putih (5 biji atau lebih)
Bawang besar (3 biji : aku suka letak banyak sebab nak rasa manis bawang)
Cili padi (nak pedas letakla 15 biji)
Serai (3 batang )
Kacang buncis
Tomato
Kicap
Sos tiram (1 sudu)
Halia

Penyediaan :

First sekali korang blend bawang putih, bawang besar, cili padi, serai dengan halia sekali. Blend sampai lumat tau.




Kemudian korang marinate ayam dengan kunyit, garam dengan sedikit tepung jagung. Tepung jagung tue untuk hilangkan hanyir dan juga bagi ayam tue ranggup masa masak.. Marinate tue x payah lama sangat dalam 10 minit pun cukup. 



 Goreng ayam sampai separuh masak. Aku tengok ayam goreng nie dah rasa lapar dah...


Potong kacang buncis ikut sukahati korang nak pendek ke panjang, aku suka potong kecik-kecik..hehe. 

Dah goreng ayam korang letak ayam tue ketepi dan tumis bahan-bahan yang telah diblend sehingga naik bau wangi.. Pastue letak kicap dengan sos tiram sikit dengan kacang buncis. Kalau korang rasa nak ada kuah letakla air sikit. Aku biasanya letak air dalam 3 sudu besar. X banyak. 



Tengok kacang buncis dah separuh masak baru letak ayam tadi, kacau supaya ayam tue sebati dengan kicap dan masak. Kalau rasa nak lebih masin letakla garam, aku biasa x letak garam sebab kicap dgn sos tiram tue pun dah cukup masin... :)

Lots of Love : Maisarah

Tuesday, October 9, 2012

Genting here we come!!!

Dah lama x bercuti, jadi last week aku dgn husband g bercuti walaupun hanya ke Genting. Kami bercuti waktu weekdays. Kami pilih weekdays sebab x ramai orang lagipun bilik murah waktu weekdays. Niela first time aku tido kat Genting. G Genting naik kereta, Seriau aku naik atas tue dengan berkabus dan jalan bersimpang siur... Sampai kat atas sana rasa sesak nafas + telinga berdengung. Mungkin sebab perubahan suhu...huhu. Kami tido kat Hotel First World Genting... Senang sikit sebab dalam theme park. 



Masa nie aku tengah tunggu husband checkin hotel. Part check in nie biasanya husband ambik alih sebab dia yang banyak buat booking, kerja aku hanya kemas dan jaga beg..hehehe. Ooo, sampai jer kat hotel ramai gila orang, hari bekerja pun ramai orang. Hotel First world nie dalam dia terletak casino genting sebab tuela ramai orang dan kebanyakan yang datang adalah orang cina. 



Nak checkin kena ambik nombor ek, bukan main beratur jer. Takut orang penat beratur diaorang sediakan juga tempat duduk yang macam kat bank. Dah checkin trs g bilik kitaorang kat tingkat 13!!! YEa tingkat 13, Hotel First world nie ada 24 tingkat dan kalau x silap aku ada 6,000++ bilik. 


Sampai jer bilik aku ingatla dapat bilik view taman tema tapi rupanya dapat view bilik lain...hahahaha. Cit, x boleh aku feeling tengok keindahan genting, kenala tutup sentiasa langsir tue. Susah betulla...hahahaha. Malam tue aku dengan husband jalan2 kat luar, gila sejuk ok. Husband aku pakai 3 lapis baju,l aku pun sama. Tapi still lagi sejuk. X tahan wooo....





Korang tengok jerla kabus malam tue... Memang sejuk gila.ooo, malam tue aku just makan kat KFC nak cari tempat lain memang x sempat nk pusing. Balik bilik terus tido. Esok pagi bangun terus g makan breakfast tapi disebabkan bilik kami x dpt breakfast kenala bayar RM30 seorang untuk breakfast buffet. Sejujur-jujurnya aku x suka betul buffet hotel first world nie, sebab pilihan makanan x best pastue tempat buffet x terjaga dan tempat tue dah macam pasar malam. Bising, busuk dan kotor. X berbaloi langsung. 



Habis jer makan terus g main outdoor game, tapi kali nie x main semua game. Mungkin sebab dah tua dan banyak game tengah direnovate. Yg aku nak naik sangat2 solero shot ditutup sebab ada masalah teknikal. Game lain pun banyak yang tengah direnovate. 




Aku naik rollercoaster nie ok!! Memang seriau giler, lagi-lagi part terbalik tue. Rasa nak muntah pun ada. Pas naik nie semua game rollercoaster yang lain aku x naik dah....hahahaha. Ada jugak aku g snow wrold yang sejuk gila tue, okla ada pengalaman masuk tempat sejuk. Xdela best sangat..hahaha. Percutian kali nie walaupun singkat dan dekat tapi bagi aku sangat best. Next percutian kami nak g pulau pulak..hehe.






Lots of Love : Maisarah

Monday, October 8, 2012

Kerawang Ladies... :)


P/s : More updates start tommorow :)


Lots of Love : Maisarah