2012 berlalu dan tahun 2013 tiba, aku banyak lupa kenangan yang berlaku pada tahun nie. Malas nak ingat..
Aku rasa macam banyak kenangan pahit kot...hehe. Salah satu kenangan yang x boleh aku lupakan adalah sewaktu aku didiagnos ada Hyperprolactinaemia oleh doktor yang menyebabkan aku susah untuk mengandung. Mental breakdown bila dapat tahu tapi Alhamdulillah sekarang period dah mula beransur elok. Boleh dikatakan bila aku didiagnos begitu aku jadi murung untuk seminggu. Pergi hospital, ambik darah, makan ubat dah jadi perkara biasa. Permegian Arwah paktam sejarah mengejut dua hari selepas raya haji juga mendatangkan impak. Paktam masih lagi muda dan aku sudah mula risau dengan keadaan mak dengan ayah aku.
Kalau kenangan manis pulak dapat masuk rumah sendiri dengan Mr F selepas 5 bulan duduk dgn family. Kami bina keluarga kami bersama dan menyambut usia perkahwinan kami yang setahun bersama. Dapat hadiah iphone dari suami.
Tapi sebenarnya xde perkataan yang dapat gambarkan perasaan aku masa melalui tahun 2012 yang bagi aku tahun yang banyak dugaan. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada Mr. F kerana sentiasa ada menemani, memberi semangat dan dorongan sepanjang tahun 2012. Terima kasih tahun 2012 kerana banyak mengajar aku erti kehidupan dan aku berjanji untuk menjadi wanita yang lebih matang.
Untuk tahun 2013 ini, tiada apa yang aku harapkan cuma kehidupan yang jauh lebih baik dari sekarang. Peluang untuk melanjutkan pelajaran, pekerjaan yang lebih baik, kesihatan yang bagus dan penyeri atau pelengkap hidup kami berdua.. Amin.
Lots of Love : Maisarah