Tuesday, January 15, 2013

Devestated

Baca tajuk jer mesti korang dah dapat tahu apa maksudnya. Yup, aku dah buat pregnancy test pagi tadi dan nagetif. Bila buat test dengan dengan suami dari buat test sendiri perasaan tue memang lain. Bila tengok muka suami masa dia nak tahu result tue kita boleh tahu yang dia berharapan UTP positif. Tapi bila dia nagetif kita boleh tengok perubahan muka dia. Kita tahu dia cakap xper tapi hati dia? Terus air mata aku menitik pagi tadi. Sedih dan pilu.

Aku tahu ada orang akan cakap ada tang dah bertahun-tahun kawen tapi masih lagi x dapat anak. Umurkan muda lagi. Apa maksud umur muda lagi? 29 tahun muda ke? Tekanan bila tengok orang yg selepas kami kahwin dan mengandung... Mungkin xde rezeki lagi tapi aku akan cuba yang terbaik.

0 comments:

Post a Comment