Wednesday, August 3, 2011

Caramel Biscuits : Cadbury

Tadi petang lepas habis bengkel aku terus ke Alamanda, niat dihati nak g beli handbag baru sebab handbag lama dah nak putus tapi bila tengok design yang ada tidak menepati citarasa so x jadi membeli. Jalan-jalan kat alamanda tiba-tiba terdetik kat hati nak singgah kat cold storage. Aku lagi suka g cold storage dari g carrefour sebab x ramai orang dan barang-barang yang ada kat cold storage unik dan susah nak dapat kat tempat lain.

Tempat pertama yang akan aku tuju adalah tempat biskut dan coklat!! hehe... Ternampak pulak caramel biscuits nie. Eh, x pernah nampak pun sebelum nie. Produk baru kot. Tengok gambar kat packaging macam sedap jer caramel kat tengah tue.


Tapikan harga biskut caramel nie mahal gak. Dalam Rm14++. Dalam tue pun ada 8 @ 10 biskut jer.

Macam tuela rupa biskut caramel cadbury nie. Bagi aku rasanya manis tapi masih lagi boleh ditelan. Caramel yang kat dalam tue yang sedap tue.. Menjilat jari sungguhla... Sambil makan nie sambil tengok fresh with anna olson..hehe.

Lots of Love : Maisarah

Seoul Garden IoI Mall Puchong

Sabtu 30/7 hari tue, geng kerawang S buat plan g shopping sempena gaji baru masuk...hehe. Xdela, sebenarnya kami nak g beli jeans dengan baju g kerja..hehe. Tempat pertama kami singgah adalah MidV tapi xleh nak lepak sebab parking susah gila nak dapat!!! Agenda seterusnya ke ioi Mall Puching sebab kat situ ada MNG outlet store. Sampai jer kat situ nampak seoul garden terus nak makan kat seoul garden. Pedulik. X dapat g seoul, dapat makan kat seoul garden pun dah kira puas hati...hehe. Kitaorang makan dari pukul 1.30 sampaila pukul 4 petang. Makan sampai perut ketat..hehe.

Sebab banyak sangat pilihan kena ambik sikit-sikit dulu sebab boleh rasa semua..hehe. Ambik daging apatah, ikan pari (menyesal ambik sebab x suka ikan pari) dan ayam black paper. Marinated ayam black paper tue sangat-sangat sedap...hehe. Tapikan Seoul Garden IOI Mall nie x banyak sangat pilihan makanan. Kat Kerinchi nyer best!! Siap ada sotong lagi. Kat sini xde sotong pun.

Oh, yang tue adalah kepingan ayam ek. Bukan usus ayam. Diaorang potong x putus habis dagingnyer sampai nak makan pun kena potong sendiri. X best.

Highlight pada hari itu adalah sambalnyer...Memang Daebakla!! Sodap.


Nasi goreng pun sedap tapi mee tue macam xde rasa garam. Tapikan sebenarnya makan kat seoul garden nie rugi kalau makan makanan yang boleh dapat kt tempat2 lain contohnya nasi @ mee. Kat sini kena fokus makan yang bakar-bakar jer.. Baru best tapi sebab aku tengah lapar tahap gaban kena gak makan nasi..hehe.


Satu lagi yang aku x suka makan kat seoul garden IOI Mall nie sebab minyak x disediakan. Dahla letak minyak sikit giler kat tempat panggang tue sampai bekerak-kerak kitaorang panggang. Mintak minyak diaorang cakap kena tukar grill tue..Eh, boleh pulak mcm tue. Nak kena tunggu grill tue panas balik satu hal pulak...Aish.

Lots of Love : Maisarah

Tuesday, August 2, 2011

Kucing Pun Tahu Erti Semangat

Sebenarnya nak cerita pasal citer nie dah lama dah tapi asyik lupa jer. Gambar dah tangkap tapi asyik lupa jer nak update. Sebelum apa-apa kena bagi warning dulu yang post nie mungkin akan mengelikan @ ngeri bagi sesetengah orang.

Kucing aku nie jenis yang penakut. Yup, penakut walaupun kucing jantan...Kucing yang selalu duduk kat rumah dan jarang sekali keluar dari kawasan rumah. Hari khamis minggu lepas lepas waktu zohor kucing aku dikejar oleh kucing jahat berwarna kuning (Memang anti betul kucing kuning nie dengan kucing aku). Disebabkan ia adalah penakut ia pun lari sampai x sedar ada motor dan motor tue pun telah melanggarnya. Abah yang kebetulan baru balik dari surau terus angkat kucing aku nie sebab waktu tue ia masih lagi boleh jalan.

Aku balik jer rumah pukul 7 malam nmpk kucing aku nie tengah terbaring, aku pun pelik sebab kucing aku nie jarang terbaring statik. Biasanya kucing aku nie akan buat style terkangkang waktu tido. Mak aku cakap kucing aku kena langgar dgn motor dan dua kaki belakang dan ekor x boleh bergerak. Aku tanya mak aku kenapa x bawak g klinik, mak aku cakap bawak g klinik pun doktor akan bagi injection utk matikan ia. Mak aku xnak. Mak dgn ayah aku mmg sayang giler kat kucing nie. Intan payung diaorang tue.

Selama 3 hari kucing aku baring jer xnak makan xnak minum sampaila satu ketika darah kuar dari duburnya. Waktu nie memang aku nak bawak g klinik tapi mak aku masih lagi xank bawak. Time nie nak tengok kucing aku pun aku x sanggup. Mama punyala sayang sampaikan sanggup letak minyak kat kaki supaya kurangkan sakit. AKu tahu mak aku mmg x sanggup berpisah dengan kucing aku nie bila mak aku citer yang dia berdoa "Kalau mmg ditakdirkan kucing nie hidup sihatkanla ia, dan kalau memang ditakdirkan kucing nie akan mati matikanlah ia."

Alhamdulillah sehingga ke hari nie kucing aku dah mula makan dan minum air. Dan yang paling best adalah ia dah mula berjalan menggunakan dua belah kaki hadapan. Semangat nak hidup tue yang membuatkan aku rasa seronok... Kami satu keluarga menjaganya dengan penuh kasih sayang. Dah mula buang air besar dan kecil. Kami biarkan ia berjalan kat luar rumah waktu petang sebab nak kasi udara segar. Nak bagi berjalan kat luar nie pun kena pantau ok. Tiap2 petang kami mandikan kucing sebab takut ada kuman.


Mungkin ada sesetengah orang akan bercakap kenapa x bagi mati jer kucing tue dari tengok ia menderita. Tapi bagi kami kalau dia bersemangat nak hidup kenapa perlu matikan ia? Ia juga makhluk tuhan dan yang paling penting kucing nie ada kami untuk menjaga ia. Kerenah ia diwaktu sihat sama jer diwaktu ini... Cepat sihat ek sayang. We miss the old u..


Kena letak dalam kotak sebab xnak bagi ia keluar jalan2 waktu malam dalam rumah. Takut terpijak. Waktu malam waktu untuk tidor. Siang dah penat berjalan guna dua kaki.


Kena letak tisu kat dubur sebab takut kencing merata + ada darah sikit2 lagi kuar dr dubur.


Lots of Love : Maisarah

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 1432 Hijrah

*Sticky Mode untuk 3 hari. New update dibawah.

Di dalam Musnad al-Darimi dan Sunan al-Tirmizi diriwayatkan, Nabi SAW apabila memasuki bulan baharu, termasuk bulan Ramadan, baginda akan membaca doa:


اللّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيْمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

Mafhumnya: “Ya Allah terbitkanlah anak bulan yang baharu ini kepada kami dengan disertai keberkatan, tetap di dalam iman, selamat dari semua kemudharatan dan kejahatan dan tetap di dalam Islam, tuhanku dan tuhanmu (anak bulan) adalah Allah.” (Kata al-Tirmizi Hadis ini Hasan Gharib) Selamat Menyambut Ramadhan 1432H.