Tuesday, August 2, 2011

Kucing Pun Tahu Erti Semangat

Sebenarnya nak cerita pasal citer nie dah lama dah tapi asyik lupa jer. Gambar dah tangkap tapi asyik lupa jer nak update. Sebelum apa-apa kena bagi warning dulu yang post nie mungkin akan mengelikan @ ngeri bagi sesetengah orang.

Kucing aku nie jenis yang penakut. Yup, penakut walaupun kucing jantan...Kucing yang selalu duduk kat rumah dan jarang sekali keluar dari kawasan rumah. Hari khamis minggu lepas lepas waktu zohor kucing aku dikejar oleh kucing jahat berwarna kuning (Memang anti betul kucing kuning nie dengan kucing aku). Disebabkan ia adalah penakut ia pun lari sampai x sedar ada motor dan motor tue pun telah melanggarnya. Abah yang kebetulan baru balik dari surau terus angkat kucing aku nie sebab waktu tue ia masih lagi boleh jalan.

Aku balik jer rumah pukul 7 malam nmpk kucing aku nie tengah terbaring, aku pun pelik sebab kucing aku nie jarang terbaring statik. Biasanya kucing aku nie akan buat style terkangkang waktu tido. Mak aku cakap kucing aku kena langgar dgn motor dan dua kaki belakang dan ekor x boleh bergerak. Aku tanya mak aku kenapa x bawak g klinik, mak aku cakap bawak g klinik pun doktor akan bagi injection utk matikan ia. Mak aku xnak. Mak dgn ayah aku mmg sayang giler kat kucing nie. Intan payung diaorang tue.

Selama 3 hari kucing aku baring jer xnak makan xnak minum sampaila satu ketika darah kuar dari duburnya. Waktu nie memang aku nak bawak g klinik tapi mak aku masih lagi xank bawak. Time nie nak tengok kucing aku pun aku x sanggup. Mama punyala sayang sampaikan sanggup letak minyak kat kaki supaya kurangkan sakit. AKu tahu mak aku mmg x sanggup berpisah dengan kucing aku nie bila mak aku citer yang dia berdoa "Kalau mmg ditakdirkan kucing nie hidup sihatkanla ia, dan kalau memang ditakdirkan kucing nie akan mati matikanlah ia."

Alhamdulillah sehingga ke hari nie kucing aku dah mula makan dan minum air. Dan yang paling best adalah ia dah mula berjalan menggunakan dua belah kaki hadapan. Semangat nak hidup tue yang membuatkan aku rasa seronok... Kami satu keluarga menjaganya dengan penuh kasih sayang. Dah mula buang air besar dan kecil. Kami biarkan ia berjalan kat luar rumah waktu petang sebab nak kasi udara segar. Nak bagi berjalan kat luar nie pun kena pantau ok. Tiap2 petang kami mandikan kucing sebab takut ada kuman.


Mungkin ada sesetengah orang akan bercakap kenapa x bagi mati jer kucing tue dari tengok ia menderita. Tapi bagi kami kalau dia bersemangat nak hidup kenapa perlu matikan ia? Ia juga makhluk tuhan dan yang paling penting kucing nie ada kami untuk menjaga ia. Kerenah ia diwaktu sihat sama jer diwaktu ini... Cepat sihat ek sayang. We miss the old u..


Kena letak dalam kotak sebab xnak bagi ia keluar jalan2 waktu malam dalam rumah. Takut terpijak. Waktu malam waktu untuk tidor. Siang dah penat berjalan guna dua kaki.


Kena letak tisu kat dubur sebab takut kencing merata + ada darah sikit2 lagi kuar dr dubur.


Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment