Wednesday, August 3, 2011

Seoul Garden IoI Mall Puchong

Sabtu 30/7 hari tue, geng kerawang S buat plan g shopping sempena gaji baru masuk...hehe. Xdela, sebenarnya kami nak g beli jeans dengan baju g kerja..hehe. Tempat pertama kami singgah adalah MidV tapi xleh nak lepak sebab parking susah gila nak dapat!!! Agenda seterusnya ke ioi Mall Puching sebab kat situ ada MNG outlet store. Sampai jer kat situ nampak seoul garden terus nak makan kat seoul garden. Pedulik. X dapat g seoul, dapat makan kat seoul garden pun dah kira puas hati...hehe. Kitaorang makan dari pukul 1.30 sampaila pukul 4 petang. Makan sampai perut ketat..hehe.

Sebab banyak sangat pilihan kena ambik sikit-sikit dulu sebab boleh rasa semua..hehe. Ambik daging apatah, ikan pari (menyesal ambik sebab x suka ikan pari) dan ayam black paper. Marinated ayam black paper tue sangat-sangat sedap...hehe. Tapikan Seoul Garden IOI Mall nie x banyak sangat pilihan makanan. Kat Kerinchi nyer best!! Siap ada sotong lagi. Kat sini xde sotong pun.

Oh, yang tue adalah kepingan ayam ek. Bukan usus ayam. Diaorang potong x putus habis dagingnyer sampai nak makan pun kena potong sendiri. X best.

Highlight pada hari itu adalah sambalnyer...Memang Daebakla!! Sodap.


Nasi goreng pun sedap tapi mee tue macam xde rasa garam. Tapikan sebenarnya makan kat seoul garden nie rugi kalau makan makanan yang boleh dapat kt tempat2 lain contohnya nasi @ mee. Kat sini kena fokus makan yang bakar-bakar jer.. Baru best tapi sebab aku tengah lapar tahap gaban kena gak makan nasi..hehe.


Satu lagi yang aku x suka makan kat seoul garden IOI Mall nie sebab minyak x disediakan. Dahla letak minyak sikit giler kat tempat panggang tue sampai bekerak-kerak kitaorang panggang. Mintak minyak diaorang cakap kena tukar grill tue..Eh, boleh pulak mcm tue. Nak kena tunggu grill tue panas balik satu hal pulak...Aish.

Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment