Monday, November 5, 2012

Ibadah korban

Assalamualaikum.... 
Oops, sibuk sikit sbb tue lama x update.
Mari kita bercerita pasal raya aidiladha bulan 10 hari tue. Aku raya kat kajang... Yup, kajang. Balik sehari sebelum raya dan suami balik petang raya. suami balik sorang sebab dia kena kerja. Aku pulak duduk jer kat kajang smpi ahad..hehe. Suami xnak isteri kebosanan. 

Tahun nie ibadah korban ada 6 ekor lembu yang ditumbangkan. Tahun lepas sembilan ekor. Raya hari jumaat tapi ibadah korban dilakukan pada hari sabtu. Aku kalau nk tengok ibadah korban x payah g surau sebab tengok jer dari balcony. Tapi biasanya aku jarang tengok sebab aku takut kesian kalau kesian mesti x boleh makan lembu... Dengar bunyi lembu pun dah boleh buat aku rasa seriau... Takut rasa kesian datang. 

Lembu yang sedang dilapah oleh orang surau. 


Kat surau taman aku nie biasanya lepas jer sesi melapah diaorang akan buat sup tulang dan juga kari daging. Sedap wei... Sedap sangat. Selang 2 hari lepas ibadah korban iaitu hari isnin Pak tam aku meninggal dunia di hospital sungai besar disebabkan sakit jantung. Last aku jumpa arwah 3 minggu yang lalu dan aku terkejut sangat. Kebetulan pula arwah meninggal di tarikh yang sama pakcik aku meninggal tahun lepas. Al-Fatihah. 


Lots Of  Love
-Maisarah-

0 comments:

Post a Comment