Tuesday, November 27, 2012

Sambal udang petai

Sejak dah rajin masak nie setiap kali cuti aku mesti masak. Rasa seronok pulak masak dan mencuba resipi baru. Minggu lepas aku cuba masak sambal udang petai. Sonang jer nak masak rupanya, cuma aku mengelat sikitla masa masak nie. Dalam resipi sepatutnya kena pakai cili kering, rebus pastue blender tapi sebab aku x suka bau cili kering direbus aku beli cili giling...hikhik. SO pandai-pandaila korang nak adjust kepedasan dan pekat sambal korang. Nak cari petai tue pun masalah jugak, nasib baik kat mydin ada jual. TP petai nie memang mahal ek? Satu papan dekat RM6. Ke memang itu harga petai?

Kalau nak masak sambal udang mestila ada udangnyakan? Aku beli 500 gm sebab nak makannya pun dua orang jer. Aku kalau udang biasanya buang kepala, bukan makan pun kepala baik buang.

Bawang dan petai. Petai tue yang best tue. Sedap ok makan. Kerangupan petai tapi bau selepas itu boleh tahan gak.

Air asam jawa dalam 1/2 cawan.

First sekali panaskan kuali dengan minyak 3 sudu pastue masukkan cili kering, bawang besar, bawang putih dan helia yang telah diblend ke dalam kuali bersama dengan serai. Masak cili sehingga masak atau naik minyak. Lepas cili naik minyak masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih. Pastue korang masukkan udang, bawang dan petai serta garam dan masak sehingga naik minyak atau mendidih dengan api yang perlahan.

Makan pulak dengan ikan goreng dan sayur campur, memenag bertambahla suami aku makan..hehehe. 


Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment