Thursday, November 29, 2012

Saper kat atas pokok tue abah?

Aku nie masa kecik ada satu keistimewaan yang orang lain xde dan xnak. Aku pun x tahu sejak bila aku ada keistimewaan ini. Keistimewaan apa? Aku boleh lihat "mahkluk yg lagi satu". Aku rasa semuanya bermula sejak satu peristiwa yang aku terlihat kunci emas besar selepas kilat. Bermula saja dari masa tue aku dah mula dapat keistimewaan. Keistimewaan yang bagi aku sungguh x menyeronokkan. Peristiwa pertama yang aku tahu dan ingat sampai sekarang masa aku duduk kat rumah arwah tok. Rumah kampung kan dua tingkat, tingkat bawah biasanya parking. Kitaorang satu family balik kampung masa tue sebab ada kematian di kampung. Mama dengan abah tinggalkan aku dekat rumah arwah tok. Maghrib tue aku duduk dekat tingkat atas rumah sambil tengok sungai kat depan rumah arwah. Sekali nampakla kereta abah masuk rumah atok, dari atas aku dah lambai-lambai kat abah sambil tengok jer kereta abah masuk kat parking. Sampai jer kat seat belakang, aku nampak ada benda bertoncet tengah duduk sambil senyum pandang aku. Masa tue aku macam budak-budak xde perasaan takut, terus jer lari kat abah siap tanya abah balik dengan saper? Kenapa ada orang toncet duduk kat belakang. Abah terus terdiam dan suruh aku mandi sebab nak pergi kenduri tahlil malam tue. Lupa pulak nak cakap yang meninggal tue sebenarnya seseorang yang rapat sangat-sangat dengan aku. Malam tue masa kenduri aku kerap dipanggil oleh seseorang untuk kejalanraya ikut pergi sesuatu tempat, tapi nasib baik sempat ditahan oleh sepupu-sepupu lain. 

Balik jer kajang, aku dah mula mengigau masa tido. Mama dengan abah dah mula risau tengok keadaan aku terus bawak aku balik kampung. Kat kampung, arwah atok dengan abah bawak aku jumpa bomoh. Jumpa bomoh pun kena 3 malam. Kat sana aku diminta mandi air bunga. Masa malam pertama mandi jer dah kena kacau. Malam tue ayah aku yang mandikan bunga sambil kakak aku teman. Mata aku niekan suka melilau sekali masa mandi tue aku terpandang satu pokok, aku nampakla ada "kakak" rambut panjang atas pokok. Aku pun tanyala kat abah aku, apa atas pokok tue sambil tunjuk. Abah dengan kakak aku tengok pastue terus abah aku suruh cepat pakai tuala masuk rumah. "Kakak" tue pun dah start mengilai... Hari seterusnya kakak aku dah xnak teman dah aku g rumah bomoh tue. Apa hasil dari g jumpa bomoh tue? Aku kena pakai macam gelang kat dua-dua belah tangan, gelang tue sama sekali x boleh dibukak. Sejak pakai gelang tue aku dah x boleh tengok makhluk2 istimewa lagi tapi aku boleh rasa sesuatu yang x sedap kalau tempat tue ada benda tue. Ada banyak lagi sebenarnya yang aku alami sebelum pakai gelang dan sesudah pakai gelang tapi nantila ek aku cerita. 



Lots of love ;
Maisarah

0 comments:

Post a Comment