Thursday, July 28, 2011

Peliknya Makeover

Hari Rabu lepas jer HIV Test, aku dengan Mr. F teruskan pencarian mencari barang-barang hantaran. Tinggal lagi 2 benda jer lagi iaitu kasut dan Makeup set. Kitaorang cari sunway piramid sebab Mr.F nak makan kat restoran Bidara kat situ. Sampai jer kat sunway priamid tawafla kami satu bangunan untuk mencari barang hantaran.

Makeup set aku dibeli di parkson. Jenama apa? Adala..hehe. Masa buat pembelian tue SA tue tawarkan makeover percuma kat situ. Aku pun tanya pendapat Mr.F nak buat ke x. Mr. F cakap buat jerla.. Masa SA tue tengah buat make over dia adala ajar cara nak makeup. Mcmana nak pakai eyeshadow dgn foundation yang betul. Rupanya selama nie cara yang aku pakai tue salah..hehe. Lama gak SA tue makeupkan aku. Adala dekat 30 minit, sampai naik kematu duduk kat atas kerusi tue.


Muka aku setelah di makeover. Rasa macan pelik jer. Mungkin sebab aku x biasa pakai mekap tue yang nampak pelik semacam jer. Tang mata tue yang aku rasa pelik, tebal sangat eyeshadownya..hehe. Pas nie kean tunggu sampai majlis kahwinla baru aku pakai makeup. Kalau nak pakai tiap2 hari jangan harapla..hehe

0 comments:

Post a Comment