Monday, August 15, 2011

2 Jam Dalam KTM

2 tahun 9 bulan bukan satu masa yang sekejap untuk aku naik pengangkutan awam. Sejujur-jujurnya aku tidak suka naik pengangkutan awam terutamanya Komuter. Tapi alah bisa tegal biasa aku kuatkan jugak diri untuk naik komuter sebab itu saja pengangkutan awam yang ada. Orang banyak cakap yang aku nie penyabar orangnya yang sanggup menunggu komuter walau komuter selalu buat gila.

Tapi pada tarikh 12/8/2011 kesabaran aku dah sampai kekemuncaknya. Macam biasa aku kuar dari office pada pukul 5 petang dan terus menaiki train ke bank negara. Kenapa ke bank negara? Sebab kat situ jer aku boleh dapat tempat duduk. Tepat pukul 5.40 train ke bangi pun sampai. Waktu tue hati aku dah berbunga2 dah terdetik dalm hati "Alhamdulillah, dapat duduk dan dapat naik train. Mesti dapat sampai awal hari nie" Waktu tue kat bank negara x ramai orang lagi sehinggala di KL Sentral orang dah mula penuh macam sardin. Perjalanan lancar sehinggalah sampai di stesen salak selatan.

Tiba-tiba train berhenti sebelum sampai di stesen salak selatan, waktu tue dah pukul 6.07 pm. Driver train buat pengumuman yang train akan ditahan buat sementara waktu. Tunggu punya tunggu sudah 20 minit berlalu, orang dalam train dah mula mendegus. Berdiri punyala lama tapi train x gerak. Dah 2 @ 3 orang pengsan. Ada yang siap complaint kat service center ktm. Driver tiba-tiba buat pengumuman train terpaksa ditahan lebih lama kerana ada train rosak dihadapan.

Dari pukul 6.07 pm, pukul 7.00 pm baru train bergerak untuk berhenti di platform salak selatan. Ramai orang turun untuk berehat diluar dan ada yang duduk di tengah-tengah train kerana tak tahan berdiri. Kami terpaksa menunggu lagi kerana train dihadapan rosak dan sedang menunggu train yang lain untuk mengambil train yang rosak. X sampaii 10 minit komuter pun bergerak. Alhamdulillah perjalanan selepas itu lancar dan aku pun sampai di stesen komuter kajang pada pukul 7.45 pm. Yup, 2 jam aku dalam komuter dan berbuka dengan hanya sebiji kurma ihsan orang-orang dalam komuter.

Aku x serik naik komuter pada hari-hari biasa sebab ini sahaja pengangkutan awam yang ada. Cuma aku serik naik komuter pada hari jumaat sebab dah dua kali aku terkena pada bulan puasa... Cuma satu jer aku berharap, supaya servis komuter makin elok, janganla asyik rosak sahaja. Buat apa beli train ets mahal-mahal kalau servis yang ada tidak ditingkatkan.. :)

p/s : Lagi 2 bulan jer naik komuter pas nie naik bas pulak dari sepang ke kl sentral.

Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment