Sunday, August 28, 2011

Kudap-kudapan kegemaranku

Setiap kali kalau nak siapkan kerja @ tengok movie @ main internet aku akan sentiasa pastikan mulut mesti kena menguyah..hehe. Kalau xde makanan yang hendak dimakan mesti rasa x best!! Coklat @ biskut @ kek @ buah makanan wajib yang kena ada, tapi sekarang nie aku tengah "addicted" dengan ferrero rendoir & famous amos chocolate chip without nut.. Dapat makan nie x sampai sejam dah habis pastue terus cari makanan lain..hehe. Orang cakap x elok makan sambil buat kerja sbb kita x sedar berapa banyak kita makan tapi aku x risau sebab aku ada PB!! hehe..



Ferrero Rondroir jauh lagi sedap dari ferrero rocher!! Mungkin sebab aku suka dark chocolate..Sedap2. Nak g beli lagila nnt..hehe



Salah satu sebab kenapa aku suka makan Ferrero Rondroir sebab xde kacang!! Dalm tue semuanya coklat!! Sedap!! Memang lemak berkrim!! hehe


Biskut kegemaranku di famous amos.. Chocolate chip no nut. Kenapa no nut? Sebab aku x suka makan kacang..hehe. Makan nie pastue cicah dengan susu sejuk memang kencangla.. Bertambah2 makan..hehe. Mcmmana eh nak buat biskut nie? Crunchy betul. Aku lagi suka beli yang dekat kiosk dari beli yang siap berpek dalam supermarket. Rasa lain sangat2.


Lots of Love : Maisarah

Thursday, August 25, 2011

Senang ke nak kurus?

Sticky Post until 25/8. New updates scroll bawah..:)

"Senang ke nak kuruskan badan?" Itu adalah soalan pertama yang setiap orang akan tanya pada orang yang pernah berisi dan kemudian kurus. "X pun orang akan tanya macammana nak kuruskan badan?" Waktu zaman sekolah dulu saya xde masalah langsung dengan berat badan, senang citer makan jerla banyak mana sekalipun makan apa sekalipun akan tetap kurus. Merupakan seorang pelari 400 meter & 4*400 meter berat badan sentiasa maintain. Metabolisma pun tinggi. Berat badan dulu paling berat pun 39 kg!! Pernah sekali berat badan turun mendadak waktu tingkatan 5 sebab sakit, turun sampai 6 kg!!

Nama gelaran waktu sekolah orang panggil Airport @ papan. Sebab apa airport @ papan? Sebab leper jer...hehehe. Kadang2 diaorang panggil popeye sebab badan kecik tapi makan banyak. Pernah sekali masuk hospital dan doktor bising sebab terlampau kurus sampai nampak tulang. Itu waktu sekolah. Nak beli baju waktu zaman sekolah dulu saiz s @ xs. Seluar jeans pun pakai size budak2..

Masuk jer matrikulasi MARA, berat badan dah mula naik sikit demi sikit. Disebabkan duduk jauh dari ibu dan bapa (Mom & Dad di Selangor and i di kedah) dan makanan disediakan sebanyak 6 kali sehari berat badan naik macam kena pam. Waktu nie berat badan dah naik hingga ke 45 kg. Waktu kat matrik niela perubahan hormon sudah bermula, jerawat naik mendadak-dadak.

Habis jer matrik sambung pulak buat degree di UUM, Kedah. Makanan di Kedah sangat-sangat murah, jadi nafsu makan waktu nie memuncak-muncak. (Nasi lauk ayam + sayur + telur = RM3.50 berserta air) Makan x hengat dunia sampai berat badan naik ke angka 50kg++. Tapi nasib baikla waktu nie lemak x muncul lagi kecuali dibahagian belakang. Masa kat UUM nie i dah perasan yang my period circulation x betul. Tapi buat bodoh jer sebab ingatkan tension. Masa kat uni selagi kawan-kawan ajak makan gla makan, pas makan tido. Manala berat x naik.


Nie gambar waktu kat uum, semester 6. Kuruskan? Gambar-gambar kat blog nie x diedit langsung ek. Mmg gambar ori.


Selama 4 tahun berlajar di UUM, bermulala kehidupan sebagai pekerja. Bila dapat duit kita akan sentiasa pastikan diri makan. Makan nasi lemak tiap-tiap pagi adalah perkara biasa, sarapankan penting...hehe. Makan tengahhari mesti makan nasi, sebab apa? "Pagi tadi dah banyak guna tenaga sebab tue kena makan @ sebab dah buang air besar pagi tadi, semua isi dah kuar." Waktu malam pulak balik rumah mama dah sediakan makanan, mestilah makan kalau x membazir. Itulah antara alasan yang saya selalu pakai kalau nak makan. Lama kelamaan, sedar x sedar berat badan dah bertambah, baju makin lama makin x muat. Seluar makin lama makin ketat, kain makin lama makin susah nak zip. Dan menambahkan kedukaan di hati bila timbang berat badan jadi 61.5kg!!!!!!! Terlebih berat tue.

X pernah terdetik dalam hati akan jadi seberat macam tue, tapi bila tengok diri kat cermin dan lihat keadaan kaki yang penuh dengan selulit hati jadi sakit dan pilu. Tengok gambar waktu zaman sekolah dulu lagila menusuk jiwa.


Nampak x perubahan yang sangat-sangat ketara dari zaman UUM ke zaman kerja? Perut x ubah macam perut perempuan mengandung 4 bulan. Waktu nie orang cakap gemuk i still buat bodoh dan x terima kenyataan. Tapi bila lama kelamaan orang asyik bagi duduk waktu naik komuter sebab nampak macam perempuan mengandung jadi fed-up!! Dulu beli baju size s sekarang dah kena ambik size L!! Jeans dulu beli size 26 @ 27, sekarang size 31!! Diulangi 31!!


Kemuncak i nak kuruskan badan adalah bila Mr. F bising yang berat badan i dah naik. Dia siap cakap dulu waktu kat uum xdela gemuk macam nie. Dia nak tengok i dalam bentuk badan waktu uni... I tekad untuk kuruskan berat badan. Diet sehabis yang mungkin turunla dalam beberapa kg, tapi sampai bila boleh diet? Tengok makanan xkan xnak makan.. Rugi. I paling x suka bila kena diet. Makan itu x boleh makan ini x boleh. Rimasla. Pakaila losyen pemanas lemak katanya... Mula2 ok tapi lama2 lambat pulak nak tunggu sampai lemak nie cair.

Pusat pelangsingan badan? Bila difikir-fikirkan xke membazir pergi tretament seminggu sekali dan habiskan beribu2? Kalau x kurus jugak dimintanya kita tambahkan wang untuk pastikan kita kurus. Bila dah kurus macammana nak maintain body tue? Xkan xnak makan? Gemuk balik kena g balik pusat pelangsingan bayar balik untuk jadikan diri kurus.


Nak kurus? I ada caranya. E-mail me at:





This is my new picture. Kuruskan? Ada shape x? Nampak x perbezaan? Nak tahu berat badan sekarang? 54 kg!! Nak turunkan sehingga ke 50 kg!!


Wednesday, August 24, 2011

The Voice terbaik!!


American Idol merupakan perintis kepada rancangan realiti nyanyian yang popular kat dunia nie. Di antara artis popular yang lahir dari rancangan American Idol adalah Kelly Clarkson, Carrie Underwood, Fantasia dan etc. Dulu aku minat gak tgk american idol nie smpila season 4 sahaja dan kemudian stop tengok sebab dah naik muak tgk simon x cool tue duk mengutuk suara dan personaliti peserta.

Kalau kat M'sia nie kita disajikan dengan rancangan-rancangan realiti nyanyian contohnya akademi Fantasia. Semua peserta kat dalam tue harap jer muka cantik tapi nyanyi semua ke laut, lagi2 AF 7 hinggala AF9. Xde pun yg berbakat.

Baru-baru nie aku ada tengok promo iklan The Voice kat AXN. Rancangan realiti nyanyian dimana ada 4 orang "coach" iaitu penyanyi yang akan memilih anak didik mereka untuk dilatih. Cara diaorang pilih peserta untuk dilatih adalah sangat-sangat unik sekali... I like!!

The Voice Audition


Coach-coach dalam "The Voice" : Adam (maroon 5), Cee Lo Green, Christina Aguilera & Blake Shelton.



Peserta kegemaranku!! Javier Colon!! Best giler dia nie nyanyi!!

p/s : "The Voice" ditayang di AXN pada hari ahad pada pukul 8 mlm. Ulangan pada hari Isnin dan Selasa pada pukul 10 malam. Korang nak tahu saper menang? Carila sendiri!! hehe

Lots of Love : Maisarah

Wordless Wednesday #5


Lots of Love : Maisarah

Tuesday, August 23, 2011

Jom main game

Jom main game!!! Hidup aku kalau sehari x main game x sah. Biasanya aku suka main game yang santai-santai contohnya game diner dash, soduko, PVZ dan etc. Aku suka game yang tak ganas2.. Kalau orang lain suka main psp @ Playstation aku pulak x suka sebab aku x pandai main game-game macam tue...hehe. Sekarang nie aku tengah gila main game nie "The amazing race", game cari barang tersembunyi..hehe. World champion ok....hahaha.




Lots of Love : Maisarah

Monday, August 22, 2011

Iftar With My Girlfriends


Setiap tahun setiap kali bulan Ramadhan menjelma sesi iftar bersama geng kerawang mesti diadakan. Tahun nie sesi iftar diadakan di hotel Eqoturial Bangi dan dihadiri oleh sebahagian geng kerawang. Tapi yang paling best untuk sesi kali nie sebab dihadiri oleh ayra & Daries!! Makanan yang disediakan oleh pihak hotel x mencapai tahap piawaian yang kami mahu tapi dan rezeki depan mata makan jerla.. Walaupun begitu kami semua seronok berjumpa!! Itu yang paling penting!!

Dalam pinggan tue yang sedap hanyalah lauk ikan dan ayam sahaja.


Dalca dan murtabak yang disediakan oleh pihak hotel sangat sedap!! I like it very much!!


Waktu mula-mula buka puasa makan nie jer dulu. Lepas solat baru makan makanan berat.


Dalam gambar nie ada 2 orang dah kahwin, cuba teka yang mana single dan yang mana dah kahwin?


Lots of Love : Maisarah

Sunday, August 21, 2011

Mungkin itu yang terbaik untuknya

Walaupun sakit masih lagi tido dengan gaya manja.

Ingat lagi x entry yang pasal kucing aku yang lumpuh separuh badannya dulu? Hari Selasa 16/8 abah buat keputusan untuk bawak kucing kami jumpa doktor sebab abah nak ubatkan kucing. Bila jumpa doktor, doktor tue cakap kucing kami dah x boleh diselamatkan lagi. Semua organ dalaman dah hancur. Kalau dibawa dari hari pertama dia kena langgar pun dah memang x boleh selamat. Kucing kami hidup pun sebab ia ada semangat yang kuat dan mungkin ia terus hidup sebab kasih sayang yang tidak terhingga dari kami yang sanggup jaga ia.

Waktu doktor cek kucing, doktor ada mengatakan yang kucing kami tue merupakan antara 5 baka terbaik dunia dan doktor nak beli kucing kami yang sama baka. Malangnya, kucing tue adalah yang terakhir yang kami ada. Abah buat keputusan untuk matikan kucing kami sebab x mahu tengok kucing tue menderita lagi. Kucing kami dah selamat kami kebumikan pada hari yang sama. Waktu aku dapat tahu yang kucing kesayangan kami sekeluarga dah xde, menitik air mata aku...

Walaupun ia hanyalah seekor kucing tapi kucing inilah yang menceriakan hidup kami sekeluarga dengan keletah dan kerenah ia yang gila.. Penakut dengan kucing lain, penakut dengan burung, kuat makan, kuat tido, suka mengangkang waktu tido dan yang paling penting manja sangat2.. Rindunya dengan ia.. (menitik air mata bila tulis post). Xkan ada kucing yang boleh ganti ia dalam hidup kami sekeluarga.


Lots of Love : Maisarah

Saturday, August 20, 2011

Stress + Depressed


Kadang - kadang kita sebagai manusia memang selalu mengeluh mengenai keadaan sekeliling kita. Aku dah x tahu berapa banyak kali aku mengeluh mengenai keadaan aku sekarang. Bila dah x tahan dengan sesuatu perkara kadang-kadang marah pun x guna. Dah lama aku x menangis sebab tension tapi aku rasa nak menangis jer sekarang sebab dah x tahan. Orang tengok kita senyum + gembira tapi x ramai yang tahu masalah kita. Nak jugak mengadu dekat kawan-kawan tapi bila jumpa diaorang terus aku lupa dengan masalah aku sebab diaorang selalu ceriakan hidup aku. Nak mengadu dengan Mr. F? Mungkin tidak...


Mereka menceriakan duniaku... Nana xde waktu nie kalau x lengkap kerawang S

P/S : mungkin kena g shopping baru boleh hilangkan stress

Lots of Love : Maisarah

Monday, August 15, 2011

2 Jam Dalam KTM

2 tahun 9 bulan bukan satu masa yang sekejap untuk aku naik pengangkutan awam. Sejujur-jujurnya aku tidak suka naik pengangkutan awam terutamanya Komuter. Tapi alah bisa tegal biasa aku kuatkan jugak diri untuk naik komuter sebab itu saja pengangkutan awam yang ada. Orang banyak cakap yang aku nie penyabar orangnya yang sanggup menunggu komuter walau komuter selalu buat gila.

Tapi pada tarikh 12/8/2011 kesabaran aku dah sampai kekemuncaknya. Macam biasa aku kuar dari office pada pukul 5 petang dan terus menaiki train ke bank negara. Kenapa ke bank negara? Sebab kat situ jer aku boleh dapat tempat duduk. Tepat pukul 5.40 train ke bangi pun sampai. Waktu tue hati aku dah berbunga2 dah terdetik dalm hati "Alhamdulillah, dapat duduk dan dapat naik train. Mesti dapat sampai awal hari nie" Waktu tue kat bank negara x ramai orang lagi sehinggala di KL Sentral orang dah mula penuh macam sardin. Perjalanan lancar sehinggalah sampai di stesen salak selatan.

Tiba-tiba train berhenti sebelum sampai di stesen salak selatan, waktu tue dah pukul 6.07 pm. Driver train buat pengumuman yang train akan ditahan buat sementara waktu. Tunggu punya tunggu sudah 20 minit berlalu, orang dalam train dah mula mendegus. Berdiri punyala lama tapi train x gerak. Dah 2 @ 3 orang pengsan. Ada yang siap complaint kat service center ktm. Driver tiba-tiba buat pengumuman train terpaksa ditahan lebih lama kerana ada train rosak dihadapan.

Dari pukul 6.07 pm, pukul 7.00 pm baru train bergerak untuk berhenti di platform salak selatan. Ramai orang turun untuk berehat diluar dan ada yang duduk di tengah-tengah train kerana tak tahan berdiri. Kami terpaksa menunggu lagi kerana train dihadapan rosak dan sedang menunggu train yang lain untuk mengambil train yang rosak. X sampaii 10 minit komuter pun bergerak. Alhamdulillah perjalanan selepas itu lancar dan aku pun sampai di stesen komuter kajang pada pukul 7.45 pm. Yup, 2 jam aku dalam komuter dan berbuka dengan hanya sebiji kurma ihsan orang-orang dalam komuter.

Aku x serik naik komuter pada hari-hari biasa sebab ini sahaja pengangkutan awam yang ada. Cuma aku serik naik komuter pada hari jumaat sebab dah dua kali aku terkena pada bulan puasa... Cuma satu jer aku berharap, supaya servis komuter makin elok, janganla asyik rosak sahaja. Buat apa beli train ets mahal-mahal kalau servis yang ada tidak ditingkatkan.. :)

p/s : Lagi 2 bulan jer naik komuter pas nie naik bas pulak dari sepang ke kl sentral.

Lots of Love : Maisarah

Sunday, August 14, 2011

Selendang untuk nikah


Satu - satu benda nak kena fikir bila nak kahwin nie. Lepas fikir pasal baju nikah terfikir pula pasal selendang nikah. Aku sebenarnya buntu gak nak fikir pasal selendang nikah nie, survey kat banyak tempat tapi satu pun xde yang berkenan di hati. Ikutkan kata hati nak pakai tudung bawal biasa aja tanpa selendang.

Sekarang nie memang style orang pakai tudung ariani pastue letak selendangkan? Tapi aku x beberapa suka pakai tudung ariani sebab muka akan nampak bulat sangat2. Nak cari tudung bawal yang elok + selendang nikah yang cantik. Ingat nka beli online jer tapi xde pulak butik online yang jual selendang nikah..



Tudung Ariani bukan taste aku


Nak pakai macam nie tapi rasa macam over sangatla pulak..hehe.

Suka sangat tengok selendang diana rafar pakai. Kat mana nak cari ek?

Lots of Love : Maisarah

Wednesday, August 10, 2011

Sk II & Vitamin C

Hari tue aku bacala blog Hanis Zalikha... Sekali ada iklan pasal SK II, mengetahui diri sendiri yang senang terpengaruh dengan iklan terusla aku google mencari info samaada bagus ke x Produk SK II nie. Bila dikira-kira balik aku pun perlu menukar set penjagaan muka sebab yang aku pakai sekrang nie x bagi apa-apa kesan aku pun terus membeli produk SK II dan hasilnya sangat memberangsangkan. Kulitt muka nampak radiant walau x pakai makeup!! Sangat suka produk SK II.

Dalam masa yang sama, aku terpaksa makan scott's emulsion dan vitamin c disebabkan keadaan kesihatan yang tidak menentu di bulan puasa + hujan. Aish... Beginila nasib orang yang ada banyak allergic + sinus. Kena makan banyak vitamin untuk pastikan diri sihat.


Lots of Love : Maisarah

Tuesday, August 9, 2011

Menu buka puasa Hari ke 9

Hari nie hari yang ke-9 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Sekejap jer masa berlalu, esok dah masuk hari ke-10.. Hari ke-9 nie barulah aku berkesempatan makan ayam percik yang sungguh lazat!! Berserta sos ayam percik dalam botol. Sedap & Menyengat!!



Ayam beli 4 ketul dan tinggal seketul jer lagi. Boleh makan waktu sahur...Sedap!!


Yang nie pulak sos ayam percik. Mmg sedap + pedas. Xdela rasa macam typical ayam percik nyer kuah mcm kat atas tue tapi rasa masih lagi sama.


Menu wajib waktu sahur : Bubur Lambuk!! Aku makan bubur jer waktu sahur. Xde selerala makan nasi waktu sahur...

Lots of Love : Maisarah

Monday, August 8, 2011

Wordless Monday #4


Ada banyak benda nak citer tapi masih lagi dalam mode malas...huhu



Lots of Love : Maisarah

Wednesday, August 3, 2011

Stress tahap gaban!!!


LinkAku x tahu kenapa hari nie aku dapat rasakan yang ia akan menjadi hari yang x best untuk diriku. Senang citer semuanya serba xkena. Aku kena handle majlis buka puasa untuk staff kat office. Tarikh dah diberi tapi ramai pulak yang xnak pergi. Harga pun dah cukup murah aku cari tapi masih lagi xnak. Habis tue nak buat apa lagi? Bawak makanan sendiri buka puasa kat dalam office. Xkanla aku nak jaga hati sorang-sorang? Hbs tue hati aku nie saper nak jaga. Last2 aku dah naik fed-up aku diamkan diri jer.

Banyak benda yang buat aku stress sejak akhir-akhir nie. Tapi bila aku renung-renungkan balik mungkin ada orang yang lagi banyak masalah besar yang x boleh diselesaikan daripada masalah aku. Aku rasa aku dah cukup kuat semangat nak harungi masalah kat pejabat tapi nampak gayanya aku dah mula tewas. Mungkin aku kena adakan kempen mogok aku balik. Mendiamkan diri mungkin xkan selesaikan masalah tapi mendiamkan diri juga adalah cara untuk menghindarkan diri dari masalah.



Lots of Love : Maisarah

Caramel Biscuits : Cadbury

Tadi petang lepas habis bengkel aku terus ke Alamanda, niat dihati nak g beli handbag baru sebab handbag lama dah nak putus tapi bila tengok design yang ada tidak menepati citarasa so x jadi membeli. Jalan-jalan kat alamanda tiba-tiba terdetik kat hati nak singgah kat cold storage. Aku lagi suka g cold storage dari g carrefour sebab x ramai orang dan barang-barang yang ada kat cold storage unik dan susah nak dapat kat tempat lain.

Tempat pertama yang akan aku tuju adalah tempat biskut dan coklat!! hehe... Ternampak pulak caramel biscuits nie. Eh, x pernah nampak pun sebelum nie. Produk baru kot. Tengok gambar kat packaging macam sedap jer caramel kat tengah tue.


Tapikan harga biskut caramel nie mahal gak. Dalam Rm14++. Dalam tue pun ada 8 @ 10 biskut jer.

Macam tuela rupa biskut caramel cadbury nie. Bagi aku rasanya manis tapi masih lagi boleh ditelan. Caramel yang kat dalam tue yang sedap tue.. Menjilat jari sungguhla... Sambil makan nie sambil tengok fresh with anna olson..hehe.

Lots of Love : Maisarah

Seoul Garden IoI Mall Puchong

Sabtu 30/7 hari tue, geng kerawang S buat plan g shopping sempena gaji baru masuk...hehe. Xdela, sebenarnya kami nak g beli jeans dengan baju g kerja..hehe. Tempat pertama kami singgah adalah MidV tapi xleh nak lepak sebab parking susah gila nak dapat!!! Agenda seterusnya ke ioi Mall Puching sebab kat situ ada MNG outlet store. Sampai jer kat situ nampak seoul garden terus nak makan kat seoul garden. Pedulik. X dapat g seoul, dapat makan kat seoul garden pun dah kira puas hati...hehe. Kitaorang makan dari pukul 1.30 sampaila pukul 4 petang. Makan sampai perut ketat..hehe.

Sebab banyak sangat pilihan kena ambik sikit-sikit dulu sebab boleh rasa semua..hehe. Ambik daging apatah, ikan pari (menyesal ambik sebab x suka ikan pari) dan ayam black paper. Marinated ayam black paper tue sangat-sangat sedap...hehe. Tapikan Seoul Garden IOI Mall nie x banyak sangat pilihan makanan. Kat Kerinchi nyer best!! Siap ada sotong lagi. Kat sini xde sotong pun.

Oh, yang tue adalah kepingan ayam ek. Bukan usus ayam. Diaorang potong x putus habis dagingnyer sampai nak makan pun kena potong sendiri. X best.

Highlight pada hari itu adalah sambalnyer...Memang Daebakla!! Sodap.


Nasi goreng pun sedap tapi mee tue macam xde rasa garam. Tapikan sebenarnya makan kat seoul garden nie rugi kalau makan makanan yang boleh dapat kt tempat2 lain contohnya nasi @ mee. Kat sini kena fokus makan yang bakar-bakar jer.. Baru best tapi sebab aku tengah lapar tahap gaban kena gak makan nasi..hehe.


Satu lagi yang aku x suka makan kat seoul garden IOI Mall nie sebab minyak x disediakan. Dahla letak minyak sikit giler kat tempat panggang tue sampai bekerak-kerak kitaorang panggang. Mintak minyak diaorang cakap kena tukar grill tue..Eh, boleh pulak mcm tue. Nak kena tunggu grill tue panas balik satu hal pulak...Aish.

Lots of Love : Maisarah

Tuesday, August 2, 2011

Kucing Pun Tahu Erti Semangat

Sebenarnya nak cerita pasal citer nie dah lama dah tapi asyik lupa jer. Gambar dah tangkap tapi asyik lupa jer nak update. Sebelum apa-apa kena bagi warning dulu yang post nie mungkin akan mengelikan @ ngeri bagi sesetengah orang.

Kucing aku nie jenis yang penakut. Yup, penakut walaupun kucing jantan...Kucing yang selalu duduk kat rumah dan jarang sekali keluar dari kawasan rumah. Hari khamis minggu lepas lepas waktu zohor kucing aku dikejar oleh kucing jahat berwarna kuning (Memang anti betul kucing kuning nie dengan kucing aku). Disebabkan ia adalah penakut ia pun lari sampai x sedar ada motor dan motor tue pun telah melanggarnya. Abah yang kebetulan baru balik dari surau terus angkat kucing aku nie sebab waktu tue ia masih lagi boleh jalan.

Aku balik jer rumah pukul 7 malam nmpk kucing aku nie tengah terbaring, aku pun pelik sebab kucing aku nie jarang terbaring statik. Biasanya kucing aku nie akan buat style terkangkang waktu tido. Mak aku cakap kucing aku kena langgar dgn motor dan dua kaki belakang dan ekor x boleh bergerak. Aku tanya mak aku kenapa x bawak g klinik, mak aku cakap bawak g klinik pun doktor akan bagi injection utk matikan ia. Mak aku xnak. Mak dgn ayah aku mmg sayang giler kat kucing nie. Intan payung diaorang tue.

Selama 3 hari kucing aku baring jer xnak makan xnak minum sampaila satu ketika darah kuar dari duburnya. Waktu nie memang aku nak bawak g klinik tapi mak aku masih lagi xank bawak. Time nie nak tengok kucing aku pun aku x sanggup. Mama punyala sayang sampaikan sanggup letak minyak kat kaki supaya kurangkan sakit. AKu tahu mak aku mmg x sanggup berpisah dengan kucing aku nie bila mak aku citer yang dia berdoa "Kalau mmg ditakdirkan kucing nie hidup sihatkanla ia, dan kalau memang ditakdirkan kucing nie akan mati matikanlah ia."

Alhamdulillah sehingga ke hari nie kucing aku dah mula makan dan minum air. Dan yang paling best adalah ia dah mula berjalan menggunakan dua belah kaki hadapan. Semangat nak hidup tue yang membuatkan aku rasa seronok... Kami satu keluarga menjaganya dengan penuh kasih sayang. Dah mula buang air besar dan kecil. Kami biarkan ia berjalan kat luar rumah waktu petang sebab nak kasi udara segar. Nak bagi berjalan kat luar nie pun kena pantau ok. Tiap2 petang kami mandikan kucing sebab takut ada kuman.


Mungkin ada sesetengah orang akan bercakap kenapa x bagi mati jer kucing tue dari tengok ia menderita. Tapi bagi kami kalau dia bersemangat nak hidup kenapa perlu matikan ia? Ia juga makhluk tuhan dan yang paling penting kucing nie ada kami untuk menjaga ia. Kerenah ia diwaktu sihat sama jer diwaktu ini... Cepat sihat ek sayang. We miss the old u..


Kena letak dalam kotak sebab xnak bagi ia keluar jalan2 waktu malam dalam rumah. Takut terpijak. Waktu malam waktu untuk tidor. Siang dah penat berjalan guna dua kaki.


Kena letak tisu kat dubur sebab takut kencing merata + ada darah sikit2 lagi kuar dr dubur.


Lots of Love : Maisarah

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 1432 Hijrah

*Sticky Mode untuk 3 hari. New update dibawah.

Di dalam Musnad al-Darimi dan Sunan al-Tirmizi diriwayatkan, Nabi SAW apabila memasuki bulan baharu, termasuk bulan Ramadan, baginda akan membaca doa:


اللّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيْمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

Mafhumnya: “Ya Allah terbitkanlah anak bulan yang baharu ini kepada kami dengan disertai keberkatan, tetap di dalam iman, selamat dari semua kemudharatan dan kejahatan dan tetap di dalam Islam, tuhanku dan tuhanmu (anak bulan) adalah Allah.” (Kata al-Tirmizi Hadis ini Hasan Gharib) Selamat Menyambut Ramadhan 1432H.